Lagu-Lagu EDM Ikonik & Agung yang Membentuk Evolusi Muzik Moden / Antem ‘Clubbing’

oleh Chiv Iscandar
3.2K bacaan

Electronic Dance Music (EDM) adalah genre muzik yang menguasai persada muzik 2010-an. Ditandai dengan kick drum yang melekat, vocal hook, riser yang memuncak kepada euforia serta starter pack tipikal seperti lirik berbaur emosi-seksual atau ilusi perasaan dan dadah festival.

Berikut ialah 25 lagu-lagu EDM paling ikonik yang membentuk evolusi, kegemilangan dan kemeriahanan genre ini dalam sejarah muzik dunia:

1. Lady Gaga feat. Colby O’ Donis – Just Dance (2008)

Emak, nenek pemula Elektro, iaitu cabang awalan muzik elektronik dan titik asal-usul kepada keseluruhan genre EDM moden hari ini.

2.. David Guetta feat. Sia – Titanium (2012)

Lagu EDM paling besar, gah dan masyhur menampilkan vokal mantap Sia dan antara lagu hebat yang benar-benar mendahului zaman.

2. Calvin Harris feat. Rihanna – We Found Love / feat. Example – We’ll Be Coming Back (2012)

2 lagu daripada album teragung Calvin Harris ’18 Months’ terbitan 2012.

3. Calvin Harris – Summer (2014)

Single terbesar Calvin Harris yang menonjolkan versatiliti dan keagungan sebenar Calvin Harris sebagai DJ-produser Superstar No. 1 dunia.

4. Skrillex – Scary Monsters & Nice Sprites (2011)

Daripada vokalis kumpulan Emo-Hardcore, From First To Last kepada DJ-produser, Skrillex memulakan revolusi muzik Dubstep yang bercirikan bunyian ‘wobble’ dan drum sintetik sebagai satu cabang EDM.

5. Avicii – Wake Me Up (2013)

Lagu teragung Avicii, DJ dari Sweden (macam Scandinavian Black Metal pulak) yang mati akibat sakit jantung di Muscat, Oman pada tahun 2018.

6. Swedish House Mafia – Don’t You Worry Child (2013)

Trio yang mengandungi 3 DJ besar dari Sweden iaitu Axwell, Steve Angello dan Sebastian Ingrosso.

7. DJ Snake feat. Lil Jon – Turn Down For What (2013)

Lagu EDM ala Trap yang paling ‘badass’ pernah terjadi dengan pekikan jongos Lil Jon kedengaran di seluruh penjuru lagu. Kalau tak melompat dengar lagu ni, lu kira ‘square’ der…

8. Armin Van Buuren feat. Trevor Guthrie -This Is What It Feels Like (2014)

Pemula A State of Trance (ASOT) dan DJ paling veteran. Berasal dari Holland (Dutch), ini adalah lagu beliau paling komersil. AVB boleh dianggap ‘true’ kerana tidak terlampau mengikut arus perdana serta masih aktif mempromosi remix-remix daripada DJ pelusuk dunia melalui siri-siri ASOT yang kini telah memasuki episod ke-992.

9. Afrojack feat. Wrabel – Ten Feet Tall (2014)

Afrojack seiring dengan Tiesto sebagai DJ-produser ulung.

10. Tiesto – Red Lights (2014)

Tiesto seiring dengan Afrojack sebagai DJ-produser ulung.

11. Major Lazer & DJ Snake – Lean On (2015)

Major Lazer, trio DJ yang dikuasakan oleh Diplo, seorang produser bertaraf dewa.

12. Yellow Claw feat. Ty Dollar Sign – In My Room (2015)

Satu lagi trio DJ yang berasal dari Netherland (Dutch) dan mempunyai skil penempaan bunyian yang sangat sofistikated.

13. Chainsmokers feat. Daya – Don’t Let Me Down (2015)

Trio produser Chainsmokers sebenarnya menyuntik elemen Alternative Rock dalam adunan konsep EDM pop mereka dan formula tersebut sangat menjadi sehinggakan lagu ini antara siulan ramai suatu ketika.

14. Chainsmokers & Halsey – Closer (2016)

Lagu EDM pop paling besar oleh Chainsmokers, kegemilangan yang tidak boleh dinafikan.

15. Seeb feat. Mike Posner – I Take A Pill In Ibiza (2016)

Lagu asal oleh Mike Posner dengan remix oleh duo DJ dari Norway, Seeb merupakan antem clubbing yang sentiasa akan diingati.

16. DJ Snake feat. Bipolar Sunshine – Middle / feat. Justin Bieber – Let Me Love You (2016)

2 lagu terbesar daripada album teragung DJ Snake ‘Encore’.

17. Diplo, Skrillex & Justin Bieber – Where Are U Now (2016)

Lagu agung hasil kombinasi mantap Diplo, Skrillex dan Justin yang membuat kita bagai melayang-layang keghairahan. Setim dengar bunyian ‘pluck’ dan snare reverb pada bahagian korus.

18. Alan Walker – Faded (2016)

Lagu yang paling ‘overhype’ pernah terjadi sehinggakan menjadi siulan mat-mat dan minah rempit di litar jalan raya. Lagu ini adalah penanda genre EDM menjadi terlampau mainstream.

19. Alesso feat. Tove Lo – Heroes (we could be) 2016

Dianggap adik kepada lagu Titanium disebabkan rentak, tempo dan visi melodik yang sama.

20. Martin Garrix feat. Dua Lipa – Scared To Be Lonely (2017)

Lagu yang agak klise tetapi agak mengejutkan kerana popular sekelip mata dan menaikkan nama Martin.

21. Cheat Codes feat. Demi Lovato – No Promises (2017)

Lagu antem EDM pop american yang sangat mengasyikkan, terima kasih kepada vokal Demi Lovato. “Oh na na… ”

22. Marshmello – Alone (2017)

DJ bertopeng kotak (macam Bukhethead KFC) yang terkenal dengan melodi keys/piano/synth yang merecik dan ‘poppish’. Seperti Chainsmokers, Marshmello juga sangat gemarkan muzik alternative rock moden dan pernah bekerjasama dengan band A Day To Remember.

23. Zedd feat. Foxes – Clarity (2012)

Zedd adalah DJ-produser-instrumentalis yang berasal dari Russia dan Clarity adalah lagu yang menempa keagungan Zedd. Selepas itu, beliau melahirkan banyak opus hebat seperti Stay The Night (Hayley Williams), Middle dan berbagai-bagai lagi.

24. Steve Aoki & BTS – Waste It On Me (2018)

25. Weird Genius – Lathi (2020)

Satu-satunya lagu EDM-Trap Nusantara dari trio DJ Indonesia yang bertaraf super-antarabangsa. Bersifat pemujaan kepada entiti ghaib, ia diterbitkan ketika era pandemik Covid-19 dan mendapat sentuhan Yellow Claw.

Sekarang, petik kembali peti Spotify atau YouTube lagu-lagu di atas (1-25) dan kenang kembali saat-saat manis kegemilangan dan kemeriahan kita semasa ‘Clubbing’ pada zaman batu era sebelum pandemik.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅