Hilang Tiada Ganti: 6 Pemuzik Yang Meninggal Dunia Pada 2020

oleh Aqil Syakir
2.9K bacaan

Siapa sangka tahun 2020 merupakan tahun yang malang buat kita kerana wabak pandemik yang melanda dunia. Banyak perkara yang berlaku di negara kita lebih-lebih lagi dalam industri muzik hampir lumpuh dan aktiviti pemuzik juga sangat terhad.

Namun, apa yang paling sedih ialah pemuzik atau penyanyi yang telah kembali kepada Tuhan dan sebenarnya kita sendiri tidak sangka yang perkara sebigini akan berlaku.

Penulis akan senaraikan 6 pemuzik dan penyanyi yang telah pergi meninggalkan kita selamanya agar kita sentiasa mengingati sumbangan dan hasil karya mereka.

1. Kumin KU2: Kejayaan Empat Album Bersama KU2 Sentiasa Diingati

Pelawak dan ahli kumpulan KU2, Khuzaimi Ismail, 49, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 3 September 2020 di rumahnya akibat terjatuh dari katil. Jenazah Kumin KU2 dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sepanjang hidup arwah, dia pernah berganding dengan Bob Kuman dalam menubuhkan kumpulan KU2. Mereka berjaya menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

2. Sandra: Pemergiannya Sangat Meninggalkan Kesan Kepada Peserta Big Stage

Sandra Dianne, 26, menghembuskan nafas terakhirnya selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan kereta pada 10 September 2020. Dia telah dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Tuaran, Sabah.

Pemergian Sandra sangat meninggalkan kesan buat artis Malaysia lebih-lebih lagi peserta Big Stage kerana banyak kenangan manis yang mereka kongsikan bersama dengan arwah ketika lepak bersama.

Arwah Sandra terdahulu pernah popular dengan lagunya yang berjudul Hey! Kau. Pasti berbeza perasaan anda semua selepas mendengar lagu-lagunya yang catchy.

3. A. Ali: Seorang komposer yang berbakat dan pernah menganggotai Kembara

Siapa sangka A. Ali atau nama sebenarnya Hamdan Atan, 71, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya pada 21 November 2020. Isteri arwah menyedari kematiannya selepas jasad kaku pada pukul 8 pagi.

Namun, Allahyarham A. Ali ini sebenarnya tidak mengalami sebarang penyakit yang kronik tetapi ini semua sudah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.

Allahyarham A. Ali pernah menjadi gitaris untuk kumpulan Kembara dan menghasilkan banyak lagu popular. Salah satunya ialah lagu Menaruh Harapan dari Zaiton Sameon.

4. Dino Menara: Lagu Sayang sentiasa menjadi ingatan masyarakat Malaysia

Vokalis kumpulan Menara, Dino Menara, meninggal dunia di Hospital Kota Belud, Sabah akibat penyakit Gastrik pada 9 Julai 2020. Kejadian tidak diingini berlaku selepas arwah mengadu sakit perut.

Arwah Dino menempah nama dalam industri muzik ketika bersama dengan Menara. Kumpulan itu popular dengan lagu Sayang, Memori Cinta Semalam dan Salam Sejahtera.

5. Poe: Penyanyi Reggae yang terkenal dengan lagu Alalala Tok (Jangan Saman)

Penyanyi reggae popular era 1990-an, Poe atau nama sebenar, Mohd Fauzi Ahmad, 64 meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 Jun 2020 akibat serangan sakit jantung.

Pasti ramai yang mengenali Arwah Poe dengan lagu Alalala Tok (Jangan Saman), Jelaskan dan lain-lain bersama kumpulan duo Rampa. Arwah Poe sangat terkenal dengan lagu-lagunya yang mempunyai unsur kritikan sosial sekitar 80-an.

6. Glen Fredly: Kematian yang mengejutkan seluruh Nusantara

Glen Fredly menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Setia Mitra pada 8 April 2020. Dia selamat dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tanah Kusir, Jakarta Selatan, pada 9 April 2020 dan sampai sekarang masih ramai yang tidak mengetahui punca kematiannya.

Dia dahulunya sangat terkenal dengan lagu Januari dan sangat digilai oleh pendengar muzik di Malaysia. Bukan itu sahaja, dia juga pernah berkolaborasi dengan Tulus dan Yovie Vidiato dalam lagu Adu Rayu.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅