Kugiran Indie Pop Synth Malaysia, Late Night Frequency baru sahaja mengeluarkan rilisan single, Sinaran yang turut menampilkan rapper underground, Ichu, bersama video muzik rasmi (MV) yang kini tersedia di semua platform streaming atas talian pada 20 April 2022 dengan durasi 4 minit dan 20 saat.
Sinaran akan menjadi single kedua yang dipetik daripada album sulung Late Night Frequency yang turut dikenali sebagai LNF, sebuah band independen dari Shah Alam yang kian menempa nama di dalam arena muzik bebas tempatan dengan membawa nuansa disko pop dan synthwave. Lagu rentak rancak berbaur 80’an tersebut akan menjadi single pertama LNF dalam Bahasa Malaysia, memenuhi permintaan ramai peminat sejak single Fun Lust Love dikeluarkan kugiran tersebut pada tarikh yang sama tahun lepas.
Sinaran dicipta sepenuhnya oleh LNF dan Ichu dan diadun oleh produser terkemuka tempatan, JD Wong dari Studio 21:05. Menariknya, lagu ini turut memuatkan bunyian saxophone yang menarik dendangan Mr Wolf, watak utama kugiran tersebut. Dengan selingan rap Ichu, lagu ini berjaya meneroka satu pendekatan yang baharu dalam muzik Malaysia. Menggunakan bunyian asas mereka, dengan bunyian synth elektronik, petikan gitar funk diiringi bunyian drum retro dan melodi vokal yang menarik, lagu ini pastinya akan membuat para pendengar menggoyangkan kepala dan menghentakkan kaki.
MV rasmi Sinaran pula telah dihasilkan dan diterbitkan secara persendirian sepenuhnya oleh Alam Bunyian, hasil arahan Amirul Aminuddin atau dikenali sebagai @hangl3bat. Penceritaannya mudah namun perlaksanaannya sangat cantik dan hampir sempurna. Berbekalkan pengalaman menghasilkan beberapa MV menarik sebelum ini, Amirul berjaya menyampaikan karyanya dengan bersahaja namun efektif dan pastinya mudah diingati. MV ini adalah salah sebuah projek LNF yang disokong oleh Cendana.
Untuk maklumat terkini, Ikuti LNF di: