Monyet dan beruk adalah haiwan yang sering dijadikan objek tajuk lagu-lagu oleh para artis dan band antarabangsa. Imej beruk juga adalah NFT kripto paling mahal di dunia (Bored Ape Yacht Club) selain menjadi unsur grafik satira paling berbahaya di Malaysia (Fahmi Reza).
Beruk popular digunakan oleh artis-artis sebagai metafora dalam tajuk lagu kerana ia mungkin mempunyai perangai yang hampir sama dengan manusia – homo sapiens mengikut hukum evolusi Charles Darwin.
Oleh itu, beruk atau monyet adalah haiwan yang paling popular diadaptasi dalam dunia muzik selain anjing dan burung (gagak, helang).
Berikut ialah 5 lagu dengan tajuk berasaskan beruk atau monyet yang anda perlu tahu:
1. Monkey Business – Skid Row
Lagu pembukaan dalam album Skid Row ‘Slave to the Grind’. Heavy, brutal dan teknik muzikal yang sangat gempak, mengisahkan tentang penindasan manusia ke atas manusia yang lain.
2. Monkey Man – Toots & The Mayals
Bagi peminat ska, ini adalah lagu lejen yang merupakan antara origin muzik ska dan skinhead. Dikeluarkan pada tahun 1968, Toots berasal dari Jamaica dan lagu ini juga pernah dirakam semula oleh The Specials dan Amy Winehouse.
3. Very Ape – Nirvana
Lagu grunge dengan riff ala arab oleh Nirvana dalam album ‘In Utero’.
4. Dance Monkey – Tones & I
Lagu monyet paling popular di seluruh dunia yang dikeluarkan sekitar 2019 oleh busker Australia, Tones & I. Lagu ini telah menduduki carta dan dimainkan di hampir 30 buah negara.
5. Monkey Wrench – Foo Fighters
Lagu rancak Foo Fighters daripada album ‘The Colour and Shape’ yang dimainkan oleh Taylor Hawkins, drummer mereka yang telah mati baru-baru ini. Lagu ini kekal menjadi lagu kesukaan Foo Fighters dan playlist utama setiap konsert mereka.
Berikut pula 5 band dengan nama beruk atau monyet dan :seangkatannya’ yang anda perlu tahu:
1. The Monkees
Kumpulan pop Amerika tahun 60-an yang sebaris dengan Buddy Holly, Carole King san Neil Diamond.
2. Arctic Monkeys
Band yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat-peminat Indie Rock alaf baru. Diketuai oleh Alex Turner, mereka menempa status lejen dengan single I Bet You Look Good on Dancefloor pada tahun 2005. Band yang mempunyai antara paling ramai fanbase di Malaysia.
3. Gorilla Biscuits
Band melodic hardcore 90-an yang antara paling dominan seiring Sick Of It All, Biohazard dan lain-lain.
4. Gorillaz
Band konsep animasi oleh vokalis Blur, Damon Albarn yang berjaya memenuhi imaginasi muzikal ramai dengan lagu eksperimentasi santai seperti ‘Clint Eastwood’ dan lain-lain lagi.
5. Damn Dirty Apes
Kumpulan lokal yang dikatakan band Post-Rock pertama di Malaysia dan selalu muncul di siri konsert Rock The World dan Urbanscapes.
Ada yang kena tangkap tak nyanyi pasal beruk??
#ChivasAlexandria