Kisah Di Sebalik Kenapa Travis Barker Sanggup Buat Tatu sempena Taylor Hawkins

oleh Chiv Iscandar
2.7K bacaan

Travis Barker telah menempa tatu khas sempena kematian Taylor Hawkins sebagai penghormatan abadi kepada drummer Foo Fighters itu, yang ditemui mati di negara Columbia pada 25 Mac 2022.

Tatu yang berbentuk sayap burung helang (hawk) itu terletak di bahagian depan buku lali kaki yang dilakukan oleh Travis dalam satu sesi pencacahan yang turut ditemani isteri baharu beliau, Kourtney Kardashians semalam.

Namun, untuk mencacah anggota tubuh badan memerlukan sebab dan momen istimewa. Kerana tatu di badan bukan sahaja adalah petunjuk dan ingatan kepada detik-detik istimewa, tetapi memori dan kenangan kepada seseorang yang dihormati atau dicintai. Ia perlu dipraktiskan bukan sahaja sebagai hiasan tetapi coretan sejarah kehidupan diri.

Sebenarnya ada sebab istimewa kenapa Travis sanggup mengabadikan tatu khas kepada Taylor.

Dalam sebuah perkongsian, beliau menceritakan pengalaman pertemuan pertama dengan Taylor ketika dia bermain dengan band punk rock sebelum Blink 182 (Taylor semasa itu menjadi drummer sessionist kepada Alanis Morissete dalam satu festival muzik yang sama di Laguna Beach, US).

Mereka bermain dalam set yang berbeza tetapi Taylor sempat menonton persembahan punk rock Travis.

Ujar Taylor ketika itu kepada Travis:

“Budak, ko akan jadi bintang besar nanti.. (kid, you’re a star)”

Travis berasa terkejut kerana dipuji drummer yang senior tetapi jauh di sudut hati, galakan itu telah dijadikan sebagai azimat kepadanya untuk terus berkarya dan memperbaiki kualiti drumming.

Akhirnya, benar telahan Taylor terhadap Travis.

Beberapa tahun selepas itu, Travis telah menempa nama sebagai drummer dalam band punk rock terbesar, Blink 182 dan mencetuskan pelbagai teknik-teknik stroke baharu dalam muzik Rock.

Sejurus itu, mereka kembali bertemu dan sering menghabiskan masa bersama dalam festival dan konsert yang melibatkan Blink dan Foo Fighters (drummer jumpa drummer, barang jadik).

Siapa sangka, dengan hanya secebis galakan dan kata-kata pendorong semangat, ia mampu mencetuskan perkara yang hebat dalam diri seseorang seperti Travis.

Itulah momen istimewa yang terjadi antara Travis dan Taylor, dan tatu berbentuk sayap helang itu akan terus menyatukan kenangan indah dua insan musisi dan drummer tersebut.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅