Bersedia untuk sebuah pesta muzik yang luar biasa! Hitman Solutions, penganjur konsert terulung di Malaysia bekerjasama dengan Boss Creator, penganjur Pestapora berasal dari Indonesia telah mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan di Latihan Pestapora pada 26 Julai 2025. Pengumuman ini telah di buat secara rasmi di Sidang Media Khas pada siang tadi yang berlangsung di The Campus Ampang bersama artis-artis dan pihak penganjur.
Teka-teki kini terjawab – .Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas bakal beraksi di atas pentas Latihan Pestapora Malaysia buat pertama kalinya. Acara himpunan barisan bintang tempatan tidak lengkap tanpa artis tanah air kita seperti – Bittersweet, Bunkface, DOLLA, SonaOne, Salammusik dan ramai lagi. Festival ini menjanjikan pelbagai genre seperti pop, rock, alternatif, hip-hop hingga ke indie untuk peminat yang dahagakan pengalaman muzik serumpun.
“Setiap tahun ribuan peminat Pestapora dari Malaysia akan ke Jakarta untuk hadir ke festival tersebut. Melihat keupayaannya menyatukan orang ramai melalui muzik, kami mahu rakyat Malaysia turut merasai magisnya” ujar pihak penganjur, Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Group.
“Lebih 2,000 tiket terjual tanpa ‘lineup’ membuktikan ramai yang mengetahui tentang dan percayakan jenama PESTAPORA untuk bawakan pengalaman muzik, seni, komuniti dan gabungan budaya dalam satu festival. Latihan Pestapora adalah seperti ‘preview’ kepada rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk terbang ke Jakarta untuk festival utama serta buat peminat yang ingin bersiap sedia untuk acara utama dengan hadir di latihan dahulu,” kata pihak penganjur dari Malaysia itu.
Satu Hari, Dua Negara, Pelbagai Cerita Muzik
Latihan Pestapora Malaysia bukan sekadar persembahan pentas biasa. Ia adalah platform untuk kolaborasi budaya Nusantara yang diraikan melalui muzik. Lebih istimewa, ia turut membuka peluang kepada peminat untuk merasai ‘preview’ kepada edisi utama Pestapora di Jakarta pada September nanti.
Terima kasih buat Rakan Rasmi yang bersama Latihan Pestapora Malaysia 2025 – ERA FM, ERA SARAWAK, ERA SABAH, HITZ FM, SINAR FM, MIX, THR GEGAR dan SYOK (Rakan Radio Rasmi), World of Buzz dan Lobak Merah (Rakan Media Rasmi), Batik Air dan BookCabin (Rakan Pelancongan), Sunway Putra Hotel (Hotel Rasmi), Universal Music Malaysia (Sokongan), Tapao Fest (Rakan Strategik) dan The Campus Ampang (Lokasi Rasmi Sidang Media).
Pengarah Festival Pestapora & Pengasas bersama Boss Creator, Kiki Ucup, berkongsi: “Latihan Pestapora tahun ini kami cuba sesuatu yang baru iaitu melebarkan sayap ke Malaysia bersama Hitman Solutions kerana kami melihat potensi besar Pestapora di Malaysia. Harapannya, Latihan Pestapora Malaysia dapat menjadi fasilitator buat para penggiat seni dan komuniti dari kedua-dua negara untuk saling memperkenalkan dan menonjolkan karya masing-masing kepada para peminat.”
Maklumat Tiket & Tambahan
Kategori tiket:
- General Admission – RM129 ke atas
- Rockzone – RM199 ke atas
- Kanak -Kanak – RM70
- Akses Express Lane – tambahan RM100
Pembelian tiket boleh dilakukan di laman web www.latihanpestaporamalaysia.com.
Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian +6012-2655783 atau emelkan ke concerts@hitman.group.