Liqanamia & BearBoi ‘Keluar Sangkar’

oleh Rahmat Mohd Did
795 views

21 Mei 2021 yang lepas, scene hip hop Muar, Johor ‘bergegar’ dengan kemunculan single U Better Know Man hasil kolaborasi Liqanamia dan BearBoi. Lagu yang diterbitkan di bawah label Bearthoven Records ini disulami dengan beat yang dope dan lirik dengan sedikit sentuhan braggadacious serta promosi bandar Muar yang indah.

Menurut Liqa, “U Better Know Man menceritakan tentang tempat tinggal kami, Muar Bandar Diraja, telah pun berlagu. Hal ini merujuk kepada anak muda di Muar yang sebenarnya kaya dengan bakat masing-masing. Secara ringkasnya lagu ini bertujuan membuka mata masyarakat Malaysia khususnya yang berada di luar Bandar Muar, Johor untuk lebih mengenali scene di sini.”

Konsep MV lagu ini sempoi. Kalau perasan, dalam MV U Better Know Man ini, duo ini banyak bermain dengan persekitaran Bandar Muar sendiri antaranya bangunan lama, Barber Shop, bendera Muar dan Johor, kawasan parking di sekitar bandar dan hotel di sekitar. Pada sesiapa yang pernah ke Muar, pasti perasan spot-spot yang mereka gunakan dalam MV tersebut.

Tambahnya lagi, kedua-dua mereka pernah merantau ke luar dan kini segala pengalaman yang ada dibawa pulang untuk memajukan homie di tempat asal dengan cara sendiri.

Menurut Liqanamia lagi, lagu ini siap sepenuhnya dalam jangka masa yang agak panjang disebabkan pandemik yang berlaku dalam negara kita. “Sepatutnya lagu ini drop awal tahun hari tu tapi terpaksa ditunda untuk beberapa bulan,” jelasnya.

Berdasarkan komen-komen di YouTube, rata-rata pendengar memuji duo ini dan lagu yang dipersembahkan.

“Terima kasih untuk MV ini! Terubat rindu dekat Muo” – Zhan Shaw

“Duo ni dalam masa terdekat akan pecahkan scene, tunggu saja.❤️” – SPC Mneyy

“Yg klasik sekali ada musik gamelan. Apa gila apa.” – Adnan Adnan

Semoga ada sinar untuk mereka di masa hadapan untuk kasi pecah scene. Salute!

Ikuti mereka di Instagram:

Liqanamia

BearBoi

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati