LiSA melancarkan single Issei No Kassai sebagai pemanis untuk album baru

oleh Aqil Syakir
284 bacaan

Acap kali kita mendengar lagu-lagu LiSA dalam beberapa siri anime, seperti:

  • Crossing Field: Sword Art Online.
  • Yuke: Sword Art Online.
  • Gurenge: Kimetsu No Yaiba siri 1.
  • Homura: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train.
  • Akeboshi: Kimetsu no Yaiba: Mugen Train.
  • dawn: Back Arrow.

Sesiapa yang berjiwa anime mesti lazim dengan LiSA kerana lagu-lagunya yang muncul sebagai lagu pembuka dalam siri anime. Setiap kali mahu menonton anime, dengar saja suara dia, akan terdetik dalam hati kita sambil berkata”eh ini macam suara LiSA“.

Lihat saja lagu Gurenge untuk siri anime Kimetsu No Yaiba, sangat memberikan impak kepada peminat anime. Sampaikan ramai orang menghafal liriknya walaupun bahasa Jepun tak belajar pun. Pendek kata, sejak lagu Crossing Field hingga sekarang, LiSA pasti akan membawakan aura semangat berlawan, bangkit, tidak mengaku kalah serta energy yang hebat dalam lagu-lagunya.

Beberapa hari lepas, LiSA membuat kejutan kepada peminatnya apabila dia melancarkan single terbaru bertajuk Issei No Kassai. Sekali lagi, mungkin penulis terlalu hype dengan dia, tetapi single terbaru ini masih mengekalkan aura seperti yang ditulis.

Tak tahu nak kata apa, tenaga yang dibawa dalam single terbaru masih konsisten seperti lagu Gurenge dan Crossing Field. Secara tak sengaja, kita semua boleh membayangkan single Issei No Sekai bakal menjadi lagu pembuka bagi siri anime baharu akan datang. Pendek kata, lagu-lagu dia mesti sesuai untuk anime.

Penulis cuba untuk menyelam ke dalam lautan komuniti Reddit bagi mendapatkan beberapa pendapat mengenai single daripada LiSA ini. Namun, hanya beberapa kerat saja, yang berikan pendapat, agak sedihlah kerana lagu sehebat gini mendapat sambutan dingin dari komuniti tersebut.

Berikut merupakan beberapa komen dalam komuniti Reddit LiSA:

Sumber: Reddit.

Jika lihat di YouTube pula, LiSA muncul dalam saluran YouTube The First Take. Untuk makluman anda semua, The First Take ialah satu persembahan di mana kumpulan muzik dan penyanyi hanya boleh mendendangkan lagu sekali saja. Berbalik kepada LiSA, dia membawakan single Issei No Kassai dan ternyata tenaga serta auranya sama, tidak ada yang berlainan. Dalam ruangan komen, ramai orang memberikan pujian kepada LiSA kerana dia tidak pernah menegcewakan peminatnya.

Boleh layan seketika dendangan single Issei No Kassai oleh LiSA dalam saluran YouTube The First Take:

Boleh dikatakan single Issei No Kassai ialah ‘pembuka selera’. Kenapa? Kerana LiSA bakal meluaskan horizon muziknya dengan melancarkan album baharu yang keenam berjudul LANDER. Ia bakal dilepaskan ke ruang muzik pada 16 Novermber nanti. Pastinya ia merupakan satu berita baik bagi semua peminatnya meskipun baru tahun lepas dia ada keluarkan album LADYBUG.

Terdapat 14 buah lagu yang akan ada dalam album baharu ini termasuklah lagu Homura, dawn, HADASHi NO STEP, Yuke, Akeboshi dan Shirogane, di mana ia semua adalah lagu-lagu untuk siri anime dan drama.

Album LANDER juga didatangkan dengan empat jenis, iaitu:

  • Complete Production Edition
LiSA LANDER

Sumber: Tokyohive

 

  • “LANDER” Limited Edition A

Sumber: Tokyohive

 

  • “LANDER” Limited Edition B

Sumber: Tokyohive

 

  • “LANDER” Regular Edition

Sumber: Tokyohive

Terdapat sebuah lagu dalam album LANDER berjudul NEW ME telah dirilis beserta dengan MV. Boleh layan MV ini di bawah sebagai penutup tirai bagi artikel ini:

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati