Malam Gemilang Hip Hop di Metrono

oleh Mohd Aqil Aiman
931 bacaan

Gig Metrono yang dianjurkan oleh ASDF Music telah berlangsung pada 29 Oktober yang lalu di HOMEBOIS PITSTOP, Petaling Jaya. Sekitar 300 penonton hadir seawal jam 6:30 petang untuk menebus tiket masing-masing. Jumlah keseluruhan yang berada di Pitstop tempoh hari mencecah 1,500 orang. Jumlah yang sememangnya bukan biasa-biasa.

Acara ini berlangsung selama 4 jam bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.

Pele L. Kredit: Taj Mohd

Metrono dimulakan dengan Pele L yang tidak keseorangan di atas pentas. Fuego tidak dapat menghadiri Metrono ini oleh hal-hal tertentu namun Pele membawa Zynakal dan Ismail Izzani di atas pentas bersamanya sebagai ganti kepada Fuego. Dimulakan dengan lagu yang memanaskan badan penonton, Pele L mengawal pentas dengan baik sekali.

Nakalness kemudian menggegarkan pentas dengan lagu-lagunya bermsama rakan-rakan artis yang lain. Ehsan juga dipanggil ke atas pentas untuk bersama-sama Nakalness untuk lagu BadBoys. Suasana meriah yang teramat apabila situasi tersebut berlaku. Grafik yang dipaparkan sewaktu persembahan beliau harus dipuji kerana ianya boleh saya kirakan sebagai grafik paling style malam itu.

Quai melangkah masuk secara bersahaja dengan gayanya ke atas pentas. Beliau yang terkenal dalam kalangan remaja masa kini menyanyikan pelbagai lagu dengan cukup bertenaga dan cool.

B-Heart tak mengecewakan peminatnya dengan energi dan persembahan yang beliau sajikan. Beliau persis seorang guru di atas pentas yang sedang menunjuk ajar pelajarnya. Adegan beliau memanggil YAPH naik ke atas pentas untuk bersamanya umpama badai tertimbakan. Ia pastinya sebuah memori yang akan selalu dikenang oleh mereka yang hadir malam itu.

Chronicalz. Kredit: Taj Mohd

Chronicalz do it for his mama. Segala kejayaan beliau sekarang berkat doa ibunya. Sudah tidak perlu diketengahkan lagi. Chronicalz yang biasa lagunya menjadi hangat di sosial media bersemangat penuh di atas pentas bersama peminat-peminatnya.

Kmy Kmo. Kredit: Taj Mohd

“Burung-burung hantu” yang memang tak tidur malam bersama Kmy Kmo malam itu menemani setiap daripada lagu yang dipersembahkan. Tiada apa yang hendak diperkatakan. Sememangnya Kmy Kmo ada “barang” beliau sendiri.

YAPH. Kredit: Taj Mohd

Ini merupakan kali ketiga kemunculan YAPH secara nyata di atas pentas. Peminat-peminat beliau menyanyikan bersama setiap bait-bait lirik lagu beliau yang terbaru, Syurga dan majoriti lagu-lagu lain.

Kredit: Taj Mohd

 

 

 

 

 

Tahniah di atas keberhasilan Metrono kali ini, lebih-lebih kepada pihak ASDF.WORLDWIDE. Semoga bertemu kita lagi di hari-hari mendatang.

Hanya satu kata sebagai penutup berita:
“Megahlah HipHop di dalam negara.”

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅