Bagai Dihempap Konkrit: Ghastly of Gill Tampil Garang di Album Perdana

oleh Music Addicts Malaysia
1.3K bacaan

Teks ehsan Dissecting the Euphony

Selepas mengeluarkan self-titled EP pada 2020, geng Old School Death Metal (OSDM) utara Ghastly of Gill tidak membuang masa dengan mengeluarkan pula album penuh berjudul Bloody yang terbit melalui Goatlordth Records pada penghujung 2021. Masih setia dengan sound dan execution daripada EP sebelum ini, Bloody menawarkan lapan trek yang berdurasi 36 minit.

Bloody menyelitkan tiga trek daripada EP sebelum ini yang saya tak pasti dirakam semula atau sekadar dimuatkan kembali selain lima trek baharu. Berkesinambungan daripada self-titled EP, album ini menjamu pendengar dengan riffs gitar yang simplistic dan chunky selain groovy diiringi drumming yang secukup rasa dan vokal yang meneriak bagai hilang nyawa yang semuanya berjalan secara mid-tempo. Tak payah nak ribut-ribut technical, yang penting feel yang berat bagai dihempap konkrit kena ada. Ada sesetengah trek mempunyai back-up vokal yang memantapkan lagi vokal utama dan saya fikir kalau semua trek mempunyai approach macam ni, Bloody akan terasa lebih massive dan full.

Tapi ada masanya ada trek terasa terlalu simple dan buat saya fikir adakah ia sekadar filler atau memang sengaja ditulis seringkas mungkin sebab ia di pertengahan album. But I cannot say the same untuk trek A Man That Never Existed yang mempunyai solo yang wicked, drumming yang chaotic dan vokal yang monstrous. Malah siap ada chug-chug diperkaya dengan divebomb. Suka betullah saya dengar.

Saya cuma mempunyai isu dengan susunan lagu dalam Bloody yang meletak lagu-lagu catchy di penghujung album. Dinamik terasa menurun dan berpotensi untuk turn off pendengar pertama kali. Saya juga berpendapat drummer perlu lebih peka dengan tempo yang dimainkan, memandangkan terdapat beberapa trek yang jelas drummer terkial-kial mengejar beat dan missed few hits. Other than that, Bloody adalah album yang mempunyai idea boleh tahan namun execution perlu diperbaiki untuk keluaran akan datang.

Bloody kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

Ikuti mereka di:

Facebook

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅