Malique ‘Hadir’ Dalam Kolaborasi Terbaharu Lil J & Ara Johari

oleh Mohd Aqil Aiman
3.5K bacaan


Tanpa disangka-sangka, Lil J dan Ara Johari berkolaborasi dalam sebuah lagu berjudul Keliru yang dirilis di saluran YouTube Rocketfuel Network pada 8 Oktober.

Lagu yang berdurasi 4.20 minit ini digubah oleh Malique dan Siqma sepenuhnya dengan susunan bunyi-bunyian yang cukup memberi impak kepada pendengar.

Lirik Keliru pula dihasilkan oleh gandingan Malique, Siqma dan Muhaimin. Tidak dapat disangkal lagi, vibe dan flow yang digunapakai menampakkan ‘kewujudan’ Mr. General. 

Lil J dan Ara Johari memainkan peranan yang baik sebagai penyanyi untuk lagu ini dek kerana vokal dan cara penyampaian mereka yang sememangnya luar biasa!

Lily Samsuddin sebagai pengarah untuk video muzik rasmi pula menjadikan Keliru sebuah karya visual yang hebat dengan memaparkan babak-babak berbentuk kekeluargaan yang menyentuh hati penulis apabila melihatnya.

Bagi penulis, Keliru merupakan lagu yang menjadi walaupun nuansanya masih terngiang-ngiang bunyian era awal 2000an dan pastinya Opus ini akan menarik minat lebih ramai pendengar dalam sedikit masa lagi. Apa pendapat kalian?

Semoga Lil J dan Ara Johari sentiasa diberi peluang keemasan seperti ini kerana sememangnya kolaborasi ini menjadi!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅