Metalcore Kristian, Earth Groans Punggah Lagu Klasik Deftones (Shove It), Hasilnya Sungguh Padu….

oleh Chiv Iscandar
964 bacaan

Siapa masih ingat dan tegar dengan lagu klasik kumpulan Deftones – My Own Summer (Shove It) yang pernah menjadi antem keagungan arena muzik keras antarabangsa sekitar lewat 90-an?

Baru-baru ini, sebuah band metalcore Earth Groans telah memunggah dan merekod semula lagu ini dengan versi cover mereka yang dahsyat dan mendepani zaman.

Dengarkan versi terbaru ‘My Own Summer’ daripada Earth Groans (2021) ini:

Lagu ‘My Own Summer’ ini adalah opus Metal terpenting kerana ia dianggap pencetus (game changer) yang merintis laluan kepada era sebenar metal moden dan muzik keras alaf baru. Deftones dikatakan terlebih dahulu menghambat tradisi metal yang sebelumnya pekat dengan pengaruh ‘thrash’ melalui lagu ini lalu bertanggungjawab atas kebangkitan gelombang rap rock dan Nu Metal pada era milenium.

Dikeluarkan pada tahun 1997 daripada album ‘Around The Fur’, ia segera menjadi buah mulut ramai ketika itu kerana visi yang dibawanya. Vokalis dan gitaris Deftones, Chino Moreno kekal menjadi ikon rock era baharu yang tak lekang dimakan masa.

Versi asal (Deftones):

Dalam versi baru pula, Earth Groans mengekalkan keseluruhan tekstur asal lagu (mungkin untuk memberi penghormatan penuh kepada lagu) dan membikin semula secara note-to-note tanpa sebarang perubahan tempo mahupun drum stroke, tetapi tetap padu dengan komposisi ‘sound’ metal moden yang mirip versi asal serta permainan riff gitar.

Kekuatan versi baru ini pastinya growl vokalis, Jeremy Schaeffer yang sangat terserlah. Growl Jeremy “Shove it… Shove it” pada sepanjang korus lagu boleh dikira antara bait vokal metal paling epik kedengaran.

Earth Groans berasal dari Dallas, USA di bawah Solid State Record dan mempunyai sedikit identiti yang condong kepada keagamaan Kristian (seperti Underoath, Devils Wear Prada, Norma Jeans).

Adakah anda seorang peminat Deftones, versi Earth Groans ini pasti membuat anda kembali menghencut kemeriahan seperti saat pertama kali mendengarnya di tepi bucu warung cyber dan kafe internet!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅