Ikon ‘Budak Flat’ Aman RA Mohon Ruang Isu Rumahtangga

oleh Chiv Iscandar
2.3K bacaan

Gempar apabila rapper ikon, Aman RA bergelut dengan hal rumahtangga. Ini ekoran muatnaik isteri beliau dalam beberapa siri status IG yang mendakwa Aman RA curang dengan perempuan lain dan pernah melafaz cerai sebanyak 4 kali. Selain itu, menurutnya Aman juga sudah lama tidak pulang ke rumah kerana disyaki berada di tempat lain.

Akibatnya, ramai peminat meluahkan rasa kecewa terhadap Aman RA yang sebelum ini disifatkan sebagai ikon muzik.

Rata-rata, peminat muzik tempatan mengecam tetapi belum ada sebarang kenyataan rasmi dan oleh itu, semua andaian hanya berdasarkan gossip. Tidak kurang juga yang menyokong, namun masih belum terdapat sebarang komen lagi daripada rakan-rakan artis rapper lain tentang hal ini.

Dalam perkembangan lain, Aman RA memohon agar diberi ruang kepada beliau dan enggan menjawab tuduhan bagi isu ini.

Aman RA telah mengeluarkan album ‘REBEL‘ pada tahun 2018 yang mengandungi lagu-lagu seperti ‘Bangun’, ‘Budak Flat’ dan ‘Berada’ (Altimet & Noh Salleh) serta disifatkan sebagai antara karya hiphop tempatan terbaik pernah dihasilkan.

Terdahulu, vokalis kumpulan rock Kristal, Kecik pernah mendapat kecaman ramai apabila mengaku duduk serumah dengan seorang wanita yang dikaitkan pula dengan seorang artis pelawak.

Kita berharap agar isu rumahtangga Aman RA berjaya diselesaikan dengan baik kerana beliau adalah artis independen yang sangat bagus dan dilihat berupaya mencetus perubahan dalam persada muzik tanahair.

Barangkali, benarlah kata pepatah, hell hath no fury like a women scorned – kemarahan wanita tiada batasnya.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅