Franz Ferdinand adalah album sulung dari band indie rock Scotland, Franz Ferdinand. Dilancarkan pada hari ini, 17 tahun lalu oleh Domino Recording Company. Album ini dirakam sekitar tahun 2003 di Gula Studios, Malmö, Sweden. Tore Johansson dan mereka sendiri menjadi produser album ini.
Memasuki carta UK di tangga ketiga bulan Februari 2004, dan dua single yang menduduki Top 10 dalam carta itu, Take Me Out dan The Dark of the Matinée, manakala Michael berada dalam Top 20.
Franz Ferdinand memenangi Mercury Music Prize tahun itu dan dicalonkan untuk Best Alternative Album di Annual Grammy Awards ke-47. Franz Ferdinand juga terjual lebih 3.6 juta salinan seluruh dunia (1.27 juta salinan di UK sahaja dan 1 juta salinan di US).
Lima single dikeluarkan untuk mempromosikan album ini:
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #FranzFerdinand #DebutAlbum #Scottish #IndieRock #AnniversaryAlbum