Setelah mencapai KPI di Karaokick edisi 1, kini beliau Kembali bersama Karaokick 2.0 bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.
Karaokick ini diasaskan oleh saudara Myo dari Oh Chentaku/ Jemson bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru yang hebat bukan sekadar dalam nyanyian tetapi kreativiti persembahan dan pengolahan lagu di luar kotak yang jarang terlihat oleh masyarakat dek kerana disogok dengan bunyian di radio.
Untuk Karaokick 2.0, setakat ini telah berlangsungnya tiga pusingan yang bertemakan Emo Not Dead 1, Emo Not Dead Bonus Round, dan Steal Like an Artiste. Acara kemuncaknya akan berlangsung pada hari Selasa, 9 Februari 2021, jam 10.00 malam di laman web Tapau Asia.
Barisan finalis yang akan berentap pada acara ini ialah Hafiy Badrol Halim dari Round 1, Vic Shazni dari Round 2, dan Akmal Mohd dari Round 3.
Juara Karaokick 2.0 akan memenangi Super Grand Prize berupa rakaman single secara professional dan kolaborasi bersama Myo berjumlah RM 3,500.00. 50% markah akan diambil dari Undian manakala 50% lagi markah akan diberikan oleh Myo dan panel misteri.
Menerusi perbualan penulis dengan Myo sendiri, Karaokick ini bertujuan untuk membantu para pemuzik yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan dalam masa yang sama dapat memberi aura positif kepada yang terkesan dengan kehidupan yang tidak selalunya indah. Dan Myo juga menganjurkan Karaokick 2.0 ini untuk memberi sebuah pengalaman kepada pemenang dalam melakukan sesi rakaman secara professional sekaligus mengeluarkan produk yang boleh diperdengarkan kepada komuniti.
What’s next for Karaokick? Kita tunggu sahaja apa yang akan jadi di masa hadapan.
Kami warga Music Addicts Malaysia mengucapkan selamat maju jaya buat para finalis dan semoga kemenangan berpihak kepada kalian. Yang tidak berjaya jangan putus asa kerana percayalah rezeki ada di mana-mana. Adios!!!
Jangan lupa teruskan menyokong produk local dan kunci jam kalian untuk menyaksikan pentas akhir ini di website Tapau Asia.
Ikuti Myo di
Facebook
Ikuti Tapau Asia di: