Bapa Lars Ulrich Keluar Album Baru di Usia 92 Tahun

oleh Rahmat Mohd Did
2K bacaan

Bapa kepada pemain dram metallica, Torben Ulrich baru sahaja meluncurkan album berjudul Oakland moments: cello, voice, reuniting (rejoicing) secara ekslusif di saluran Bandcamp pada 5 Februari 2021.

[bandcamp width=100% height=120 album=238148553 size=large bgcol=ffffff linkcol=0687f5 tracklist=false artwork=small]

 

Album yang berkonsep bacaan puisi dan teks tersebut diiringi gesekan cello dari Lori Goldston dan ya, ada aura Lulu di situ. Namun jika kalian sukakan ASMR, mungkin album ini lebih sesuai dilayan di waktu malam sebelum tidur atau di waktu petang, sambil melepak di beranda rumah sambil menghirup kopi dan membaca buku.

Lars memuatnaik foto bersama ayahnya dua hari lepas di Instagram untuk mengucapkan tahniah kepada beliau sambil menyelitkan hashtag #HeavyMetalGandalf secara berseloroh.

Peminat-peminat tegar Metallica yang pernah menonton dokumentari Some Kind of Monster (2005) pasti mengingati kelibat persona ini yang memberi komen pedas sewaktu kali pertama mendengar single St. Anger:

“I would say delete that!”

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅