Eisley: Band Adik-Beradik Yang Berjaya Lancarkan Album Sulung 16 Tahun Lalu

oleh Azam Gilmour
1.4K bacaan

Band indie rock US, Eisley melancarkan album sulung mereka, Room Noises hari ini, 16 tahun lalu. Album ini di tempatkan ditangga ke-9 diantara album teratas majalah Paste tahun 2005.

Album ini mengandungi tiga single iaitu Memories, Telescope Eyes, dan I Wasn’t Prepared. Video muzik juga turut dicipta bagi tujuan promosi, termasuk lagu Marvelous Things.

Salinan promosi awal album ini mempunyai trek tambahan, sebuah trek adunan semula (remix) iaitu Lost At Sea di penghujung album. Tetapi mereka mengambil keputusan untuk tidak memasukkan lagu itu untuk rilisan komersial. Kemudian lagu itu dimasukkan ke dalam kompilasi Urban Outfitters dan EP promosi radio bersama Telescope Eyes, I Wasn’t Prepared dan Golly Sandra.

Warner Bros Records hanya mengeluarkan seribu keping album ini dalam format vinyl ketika itu.

Sebagai tambahan, Eisley adalah band indie dari Texas, USA. Asalnya band ini adalah band adik-beradik iaitu Sherri DuPree, Chauntelle DuPree, Stacy DuPree, dan Weston DuPree. Selainnya seperti ketika rakaman dan persembahan langsung adalah sepupu mereka Sherri DuPree-Bemis dan Garron DuPree. Nama Eisley itu diilhamkan dari filem Star Wars, Mos Eisley. Sejak ditubuhkan, Eisley sudah keluarkan lima album penuh: Room Noises (2005), Combinations (2007), The Valley (2011), Currents (2013) dan I’m Only Dreaming (2017) dan beberapa EP sepanjang karier mereka.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Eisley #RoomNoises #IndieRock #USA

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅