Kejutan demi kejutan yang kami terima dari pemuzik tempatan terutamanya Moneybag yang telah membuat satu penjenamaan semula kepada Moneybag 1327 sekaligus melancarkan single terbaru mereka iaitu Tortured In Vain.
Yang lebih mengejutkan penulis ialah pertukaran line up dengan kemasukan dua ahli dari Behind the Death iaitu Pejal di bahagian guitar dan Santan di bahagian bass serta pertukaran posisi Amir dari bass ke guitar. Sebuah transisi yang baik dan ternyata single terbaru ini sedikit sebanyak memberi impak dengan kehadiran mereka.
Sedikit bedah siasat, penulis mendapati Leo sebagai vokalis tampil lebih matang dan garang lebih-lebih lagi di bahagian Pig Squeal yang kemas dan tepat pada sasaran, bunyi gitar yang lebih garang, bass yang berlemak dan semestinya drum disusun dengan baik. Menerusi kualiti, tidak dapat disangkal lagi kerana adunan dan mastering dilakukan oleh saudara Nash Muhandes. Memang meletup la bunyinya ibarat menikmati naan cheese double di kedai mamak.
Menerusi perbualan bersama Leo, mereka dalam usaha untuk menyiapkan sebuah album yang diberi nama The Acts of Castigations yang bakal menemui peminat muzik tanah air dalam bulan April jika tiada aral melintang dan beliau sangat teruja dengan pembikinan album ini.
Buat yang tidak tahu, video muzik telah dimuatnaik di YouTube Slam Worldwide, sebuah One Man Promoting Youtube Channel yang menampilkan lagu-lagu Slam Deathcore, Beatdown dan genre berat dari seluruh dunia. Dan setakat ini, hanya tiga wakil dari Malaysia iaitu Bunuhdiri, Neurological Disorder dan yang paling terbaru, Moneybag.
Tahniah buat Moneybag atas pelancaran single ini. Semoga kalian terus maju bagaikan burung helang yang terbang tinggi dan terus maju dalam pembikinan muzik yang berkualiti. Kami tidak sabar untuk menanti material yang seterusnya. Adios!!
Ikuti Moneybag 1327 dan Slam Worldwide di:
Moneybag 1327:
Slam Worldwide:
Youtube