I, Revival Kembali Ledak Metalcore dengan Nafas Baru Album Variations (Remastered)

oleh Iscandarz
875 views

Bagi pengikut Metalcore tempatan, nama band I, Revival pastinya tidak asing untuk didengar. Membuat kemunculan sekitar awal 2010-an, mereka adalah pemacu metal arus baru tempatan seiring dengan Massacre Conspiracy dan aktif dalam sirkit gig dan konsert independen.

Baru-baru ini, mereka telah menerbitkan semula versi remastered keseluruhan album ‘Variations’ yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2012.

Mengandungi 12 lagu yang padat dalam genre Metalcore, album tersebut telah diberi nafas baharu dengan inisiatif proses remastering oleh saudara Nash Muhandes, juga produser dan tulang belakang jurutera bunyi di sebalik kebanyakan rekod Metalcore utama tempatan.

Sepintas dengar, memang terserlah kemantapan dan pembaharuan bunyian berbanding versi asal. Lebih berperisa, rapi dan bersih berbanding versi asal. Walaupun hampir 10 tahun, album ‘Variations’ memperlihat kemantapan I, Revival dengan lagu-lagu padu seperti ‘Surrogates‘, ‘Transisitions‘, ‘Relapse‘ dan ‘St. Ignavi‘. Apatah lagi, I Revival sememangnya mempunyai tahap permainan yang kemas dan mantap.

Sayangnya, mereka tidak bertahan lama tetapi meninggalkan legasi yang baik melalui album Variations dan single seperti ‘Familiar Ground‘.

Bagi produser Nash Muhandes, album ‘Variations’ menpunyai tempat yang sangat istimewa dalam koleksi kejuruteraan muzik beliau dan peluang remastering ini merupakan langkah artistik yang signifikan.

Beliau turut berkongsi teknik dan beberapa tips dalam proses remastering album ‘Variations’ termasuklah aspek penambahbaikan trek-trek drum, gitar, bass dan vokal melalui rangkaian You Tube beliau, Nash Muhandes Audio:

Anda boleh nikmati kesuluruhan lagu-lagu I, Revival versi terbaru remastered ini di peti Spotify (atau cari sahaja I, Revival):

Kehadiran semula album ‘Variations’ (Deluxe) (Remastered) ini juga mengisyaratkan bahawa I, Revival mungkin akan muncul dengan material baharu, berita yang akan menggembirakan peminat muzik keras tanahair.

Masih rindukan kegemilangan Metalcore, post-Hardcore yang pernah menguasai arena muzik independen dahulu? Anda tidak keseorangan, santapan baharu daripada I, Revival ini pasti memberi pengalaman yang memenuhi citarasa anda.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati