Asking Alexandria: ‘Like A House On Fire’ Masih Relevan Di Hati Peminat?

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.3K bacaan

Masih belum terlewat untuk mendengarkan sebuah rilisan dari Asking Alexandria. Album yang diberi nama Like A House On Fire ini telahpun dirilis pada bulan Mei 2020 dan pada waktu tersebut kita semua terpaksa berkurung dek Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Namun, bersempena PKP 2.0 ini ayuh kita semak semula rilisan mereka ini.

Asking Alexandria (singkatan:AA) merupakan salah satu band pelopor dalam bunyian metalcore moden. Bermula dengan album Stand Up and Scream yang memberikan impak amat besar kepada kugiran-kugiran lain pada sekitar 2009, sehinggakan semuanya ingin menjadi ‘AA wannabe’. Apabila menjengahnya tahun 2020 sehinggalah rilisnya Like A House On Fire yang menampilkan vokal Danny yang serak basah seakan kugiran country tipikal yang kita dengar. Malah , jauh sekali kedengaran jeritan-jeritan seperti dalam album yang lepas!

Album fizikal yang juga hadir dalam bentuk vinyl (Sumber: https://store.maniacsonline.com.au/)

Terdapat pelbagai lontaran pendapat malahan kritikan dari pelbagai sudut. Namun, AA tetap tampil bertenaga. Perubahan yang dibawa mereka cukup matang, penuh dengan kejutan dari segi permainan gitar dan dram serta penulisan lirik yang tampak lebih segar dan bermakna jika dihayati.

Buat mereka yang mengenali AA pada usia belasan, selarilah dengan pembawaan genre mereka ketika itu yang full of angst dan darah muda yang rebel masih membuak-buak. Album ini anda patut dengar dengan cara melupakan sebentar album lama mereka dan pasti hasilnya WOW!

Jika anda dengar dengan teliti rhythm yang dibawa mereka sangatlah tersusun rapi kerana kita sedia maklum AA adalah kugiran yang menjerit. Jika difikirkan, hasil yang ditampilkan di dalam album ini agak bagus sebenarnya bagi sebuah band yang pada asalnya membawa muzik yang keras dan berat.

Bagi penulis pula, trek yang menjadi kegemaran adalah It’s Not Me(It’s You) yang menampilkan vokal gitaris utama mereka iaitu Ben amat malar segar dan sarat dengan penceritaan berkisarkan mereka dan peminat. Mungkin?

Pada keseluruhannya, untuk membiasakan penerimaan terhadap perubahan baharu yang dibawa mereka akan mengambil sekitar 2 hingga 3 kali ulangan album penuh. Ianya juga subjektif, akan tetapi jika anda seorang yang mampu menerima kesemua genre. Inilah jawapannya.

Selamat mendengar dan stay safe!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅