Buat pertama kali, seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Cina 2021 secara duduk rumah, tiada open house, tiada tarian naga atau mercun bunga api sepanjang malam.
Namun penyanyi berketurunan Cina paling popular tanahair, Elizabeth Tan telah mencuit hati dan memberi kegembiraan para peminat muzik semalam apabila berkongsi ucapan sempena perayaan walaupun secara sederhana di kala pandemik.
Menerusi perkongsian Facebook sempena Raya Cina, Elizabeth turut berkongsi potret terkini beliau berpakaian baju tradisional Cina sambil mendapat banyak pujian dengan sukaan melebihi 30K.
Elizabeth, atau nama manjanya Lizzy, 27 juga baharu sahaja mengeluarkan single terbaru bersama Hazama berjudul ‘Beku’:
Satu paduan kombinasi duet yang hebat memandangkan kedua-duanya bersuara emas dan berpersonaliti tinggi dengan Hazama hampir pasti akan menjadi vokalis lelaki ulung setanding dengan ikon-ikon lain, manakala Lizzy dikenali dengan suara yang sentiasa menggoda dan mempersona.
Lagu ini menceritakan Lizzy yang patah hati mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan setelah mungkin putus dengan Hazama, tetapi apabila Hazama ingin kembali, segala-galanya sudah terlambat.
Lagu yang sangat mendalam bergenre pop moden, ia diharap akan menjulang kedua-dua mereka semula di carta hiburan arus perdana dan mengubat kerinduan peminat.
Bermula sebagai artis You Tube, Elizabeth menempa nama apabila muncul dengan lagu ‘Knock Knock‘ pada tahun 2014 dan merupakan artis cina moden yang paling popular di kalangan pendengar-pendengar muzik Melayu.
#ChivasAlexandria