Nintendocore Gaya Oxtobox

oleh Rahmat Mohd Did
450 views

 

Sekembalinya Horse The Band ke arena 8-bit, kita juga turut disaji dengan sebuah band baharu dari Terengganu yang menggelar diri mereka Oxtobox.

Memperjuangkan irama experimental nintendocore/ trance/ post-hardcore, unit ini baru sahaja menerbitkan demo pertama mereka, 8bit Blast Breakdown beberapa hari lepas dan kini boleh didapati di:

https://kedairockjb.com/Oxtobox-demo-cd-p264023080

Senarai lagu demo 8bit Blast Breakdown:

1. Mountain of Lies

2. Arah Hidup
3. This Time
4. Pencariberi Alasan
5. Kemenangan Yang Dijanji

Keseluruhan trek berdurasi 13 minit ini sebenarnya telah dirilis secara berperingkat sejak enam bulan lepas dan masih banyak lagi single yang tidak dimuatkan ke dalam buah tangan ini. Tahun hadapan, mereka akan muncul dengan album debut dan pastinya lagu-lagu ini akan terkandung di dalamnya.

Bagi penulis, Oxtobox adalah band yang unik kerana walaupun hanya bertiga dan tanpa sebarang bunyi gitar berdistorsi, mereka berjaya mendapatkan bunyi yang diidamkan dengan menggunakan synth/ sampler/ loop sebagai instrumen utama.

Bunyian konsol klasik yang disulam cantik bersama paduan vokal kejam/ melodik , permainan bass yang ketat dan paluan dram yang mantap, Oxtobox adalah sebuah band yang perlu diberi perhatian peminat-peminat muzik berat tempatan.

Walaupun kualiti rakaman demo ini agak mendap, ia bukanlah isu utama kerana kita sedia maklum ia tidak lebih sekadar demo dan pengenalan mereka ke dalam arena muzik tempatan. Penulis pasti mereka akan melakukan yang terbaik untuk album debut nanti.

Apa yang mahu ditekankan adalah kreativiti mereka dalam menghasilkan melodi-melodi yang menarik dan penghasilan lagu-lagu yang dinamik antara satu sama lain. Semua trek mempunyai identiti dan kekuatan sendiri dan sekali dengar, kita sudah tahu bahawa inilah ‘sound’ Oxtobox.

Kehadiran Oxtobox memberi warna dan variasi kepada penikmat-penikmat muzik tempatan dan melalui rilisan ini, terserlah bahawa mereka mampu pergi lebih jauh jika diberi peluang dan melalui proses rakaman yang lebih baik.

Oxtobox adalah:

Nazren: Vokal/ Synth
Brodaox: Bass/ Sampler loop program
Ameroll: Drum

Ikuti mereka di:

Facebook
Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati