Nitrus Bernafas Semula Setelah Sedekad Menyepi

oleh Fiq Irama
1.2K bacaan


Setelah lama hilang dari radar, kumpulan Nitrus bakal membuat penampilan semula di Gig Rakyat Jelata 22 Julai ini yang bertempat di Ipoh, Perak.

Dianjurkan oleh CD Bagasi Music, gig itu membariskan 11 kumpulan yang rata-ratanya pernah dan masih dilabel sebagai kumpulan indie. Dengan harga tiken marhaen, gig ini bertujuan mengajak peminat muzik tanah air untuk menyemarakkan lagi industri muzik negara.

 

Gig ini terbahagi kepada 2 “volume” di mana peringkat seterusnya akan berlangsung di Rooftop City Plaza di Johor Bahru pada 26 Ogos tahun ini. Enam band band akan beraksi di setiap venue dan dua daripadanya merupakan band tempatan, bersesuaian dengan konsep gig ini iaitu “DARI RAKYAT, OLEH RAKYAT, UNTUK RAKYAT!.” Dua band lokal Perak adalah Muck dan Couple manakala di Johor adalah Plague of Happiness dan Terang Bulan.

Apa yang menjadi tumpuan adalah kembalinya Nitrus di persada muzik tanah air setelah hampir sedekad menyepi. Kumpulan yang bertapak sejak 1999 itu pernah menjadi kumpulan indie berbahasa Melayu pertama tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-13.

Bos CD Bagasi Music, Neves mengajak semua peminat muzik tempatan memeriahkan Gig Rakyat Jelata.

Mereka bakal berkongsi pentas di Insider Satellite, Perak bersama dengan kumpulan Pretty Ugly, Couple, Muck, Late Night Frequency dan Strike Out. Acara akan berlangsung bermula jam 5 petang sebelum berakhir pada 12 malam. Kumpulan lain yang akan terlibat di Johor adalah Zip Zieller, Banyak Bunyik Republik, Sabda Alam dan sekali lagi Pretty Ugly.

Tiket GIG untuk kesemua venue ini akan mula dijual pada 26hb Mei 2023 jam 9 malam di laman web https: cdbagasimusic.ubertickets.asia. Ia akan dijual pada harga RM70 untuk satu venue. Buat peminat muzik tempatan yang ingin menyaksikan persembahan di kedua-dua venue Ipoh & JB, bolehlah membeli pakej harga bundle berjumlah RM120. Tiada tiket early bird ditawarkan kerana harga tiket yang dijual adalah sangat murah. Jumpa anda di sana!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅