Motherwit adalah sebuah projek solo Sahaq Ibrahim, seorang pemuzik yang banyak melalui proses self-learning apabila terjun ke dalam bidang muzik. Pemuda yang berasal dari latar belakang muzik yang pelbagai ini memanifestasikan segala pengalaman ke dalam karya-karyanya agar kedengaran unik dan asli.
Karya terbaharu Motherwit yang berjudul Thunder menggabungkan beberapa elemen seperti synth, pop, indie, rock, malahan jazz. Lagu yang berdurasi empat minit ini membuatkan penulis rasa melayang dan goosebumps sedari intro lagi. Walaupun riff gitar indie rock yang dimainkan agak ringkas dan berulang-ulang, susunan lagunya agak dinamik dan berkesan kerana vokal yang dilontarkan diadunkan bersama elemen reverb menghidupkan lagi feel lagu ini.
Thunder dihadirkan bersama sebuah klip video serba ringkas menggunakan teknik pan-in/ out menjadikan lagu ini sangatlah mudah untuk menembusi benak fikiran yang sering serabut dengan hal sekeliling. Penulisan lirik juga agak straight to the point tetapi kena dengan lagu, mengisahkan tentang pengalaman move on dari sebuah kisah cinta yang menghampakan. Menurut beliau:
“This song captures the experience of having a cunning relationship with someone that you may not want to remember. Everything that seemed fine in the beginning was all wiped away when you realize you’ve been blinded the entire time. But life is too short to be holding grudges, so dust it off and move on.”
Ikuti Motherwit di: