Weng Bawa Mesej Positif Dalam ‘I Will Try’

oleh Rahmat Mohd Did
1.9K bacaan

Setelah meluncur EP pertama mereka pada September tahun lepas, kugiran ska punk Kuala Lumpur, Weng muncul dengan video muzik (MV) pertama mereka, I Will Try pada 30 Julai 2021.

Weng yang banyak mengambil inspirasi dari kugiran ska punk lain seperti Kemuri, Plague of Happiness, dan The Suicide Machines ini membawa mesej positif dalam I Will Try, salah satu single yang dipetik dari EP Is This Even Ska Punk (2020).

“Lagu ini membawa mesej untuk tidak sesekali berputus asa apabila menghadapi cabaran hidup. Lirik lagu ini mengajak para pendengar untuk sentiasa ingat bahawa walaupun masa hadapan kita mungkin tidak cerah oleh kerana pilihan dan penyesalan kita di masa lampau, ia tidak bermakna kita harus berputus asa dan kita mesti terus mencuba dengan sepenuh kudrat dan tenaga kita.”

Untuk penghasilan MV ini, Ajai selaku satu-satunya anggota tetap Weng dan bekas ahli kugiran ska punk dari Sungai Petani, Stick No Bill telah menjemput bekas ahli Stick No Bill yang lain iaitu Munet (bass) dan Alter (gitar), yang kini masing-masing menganggotai kugiran powerpop GUWF dan kugiran pop punk Story Ends untuk turut serta. Pemain dram di dalam MV ini ialah Jero yang turut menganggotai kugiran GUWF.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan, penghasilan MV ini adalah melalui pengambaran yang dilakukan secara berasigan oleh setiap ahli dan proses mengedit video pula dilakukan oleh Ajai sendiri. Penghasilan MV ini meraikan semangan DIY punk di mana pengambaran dan juga proses mengedit video dilakukan sepenuhnya oleh ahli-ahli kugiran Weng sendiri.

Weng adalah sebuah kugiran yang ditubuhkan dan dianggotai oleh Ajai, bekas ahli kugiran ska punk dari Sungai Petani, Stick No Bill. Rilisan pertama kugiran ini adalah single berjudul Shine Bright yang dihasilan ketika musim PKP pertama pada tahun 2020. Single Shine Bright dimuatnaik ke semua platform streaming digital pada bulan Mei 2020 bersama video lirik lagu di Youtube.

September 2020 menyaksikan kugiran Weng mengeluarkan EP pertama mereka “Is This Even Skapunk?” yang memuatkan lima buah lagu bergenre ska punk. Lagu-lagu yang dihasilan membawa mesej “positive mental attitude” dan juga setiakawan. Kesemua lagu-lagu dari EP “Is This Even Skapunk?” boleh didengari di semua platform streaming digital seperti Spotify, Apple Music, Bandcamp, iTunes, Youtube, dan lain-lain.

Ikuti Weng di:

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅