MForceStu Buktikan Mereka ‘Savage’ Pada Siapa?

oleh Mohd Aqil Aiman
728 views

Buat yang belum kenal, MForceStu merupakan sebuah Kumpulan Hip Hop bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun ini dan semakin melonjak naik apabila salah seorang ahli kumpulan mereka iaitu IzHye merilis sebuah lagu yang berjudul Kehidupan pada beberapa bulan yang lepas. Back to back, mereka turut mengeluarkan sebuah lagu berunsur peringatan ke atas diri iaitu Terapi Diri yang dipersembahkan oleh D.A.G & Moral Natural pada dua minggu lepas.

Dan pada 30 Julai 2021, MForceStu sekali lagi merilis lagu baharu yang bertajuk SAVAGE, dipersembahkan oleh IzHye, Mxnixc dan 4rrip di saluran YouTube MForceStu. Lagu yang berdurasi 3 minit 6 saat ini mengisahkan tentang kehebatan dan cara mereka dalam melakukan sesuatu tidak kira dalam penghasilan karya mahupun kehidupan. Lagu yang dirakam secara jarak jauh oleh IzHye di Johor, Mxnixc di Negeri Sembilan dan 4rrip di Kuala Lumpur ini telah berjaya menambat hati pendengar mereka. Berikut merupakan komen-komen berkaitan lagu ini:

1. “Wooo dops men real” – Kic Black Official dan aku pasti dia nak sebut dope sebenarnya untuk lagu ini.

2. “Jahat Do 🔥🔥��🔥” – Syamir Qylo

3. “Mantap. Keep it up 👍” – Surnizie

Selain itu, apa yang penulis perasan, di dalam lagu SAVAGE ini, mereka mengetengahkan elemen bragging dan swag dalam masa yang sama. Sebuah susunan muzik yang kemas berjaya dilakukan oleh mereka dan ianya seakan-akan magis buat lagu ini.

Ditambah pula dengan sebuah video lirik yang dihasilkan oleh Ruzai Ruveno atau lebih dikenali sebagai HUSTLE BIZ, lagu ini menjadi tiga kali ganda GEMPAK! Visual yang menarik dengan pelbagai corak.

“SAVAGE itu sendiri bermaksud Ganas ataupun Buas, ini sudah cukup menggambarkan kumpulan kami di mana setiap daripada kami mempunyai aura masing-masing. Selain saya ingin menceritakan sifat yang ada pada kumpulan saya, saya turut ingin membakar semangat Rapper-Rapper Bawah Tanah yang lain untuk terus menghasilkan seni dan jangan sesekali rasa untuk berhenti kerana kejayaan itu milik semua individu.” – IzHye

“Selain daripada itu, kita juga harus membuktikan kepada mereka yang berada di tangga teratas Kasta Muzik HipHop ini tahu dan sedar bahawa kita di Arena Bawah Tanah ini turut mampu menghasilkan lagu yang berkualiti tinggi,” tambahnya lagi.

Akhir kata, terus sokong perjuangan rapper-rapper baharu dalam usaha mereka memartabatkan scene. Semoga lebih banyak produk berkualiti sebegini dapat kita nikmati di masa hadapan.

Ikuti IzHye, Mxnixc dan 4rrip di Instagram :

IzHye

Mxnixc

4rrip

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati