“Aku berbeza dari orang lain” – 5 Soalan Bersama $AN

oleh Mohd Aqil Aiman
2.4K bacaan

$AN merupakan seorang rapper yang berasal dari Sungai Petani,Kedah. Beliau pernah meledak scene Hip Hop seketika dahulu apabila berkolaborasi dengan AzamRhadio dan MK dalam sebuah lagu bertajuk GARIS. Video muzik (MV) lagu tersebut kini hampir mencecah lima juta tontonan sejak mula dimuatnaik ke YouTube pada tahun 2019.

$AN ni jenis sempoi bak hang. Jenis yang akan cakap apa yang dia nak cakap. Baru-baru ni, beliau baru sahaja merilis sebuah single berjudul Buka Mulut yang diproduksi oleh HaziqHaze. Beliau turut pernah bersama LQ Music suatu ketika dahulu sebelum dibubarkan pada tahun 2021. Seiring dengan “Pantang Anak Petani Moden Menyerah Kalah,” penulis berjaya mewawancara $AN baru-baru ini. Ikuti sesi penuh di bawah:

MAMY : Sofea, trek gandingan hang bersama Yaph merupakan antara kegemaran peminat hang. Ke mana hilangnya trek Sofea II yang dulu pernah digembar-gemburkan?

$AN : Ah, soalan tentang trek Sofea selalu menyapa aku kembali, seperti trek ini benar sudah terpatri di jiwa pendengar. Terima kasih aku ucapkan kerana sudi menghayati lagu aku, sedalam ini. Sofea II, hilang kerana berlaku kesilapan teknikal dari kami sendiri, kerana ada isu copyright antara saya dgn studio rakaman terdahulu, jadi trek itu terpaksa digugurkan dari YouTube. Walau bagaimanapun usah khuatir, kerana akan ada lagi hadiah lain untuk kalian iaitu Sofea III dalam album solo aku nanti. In Sha Allah. Doakan semuanya lancar.

MAMY : Pada pendapat hang, bagaimana dengan newcomers rapper yang berada di Kedah sekarang? Adakah hang rasa tercabar?

$AN : Newcomers dari Kedah dan utara selepas ini sangat bahaya, bijak, pantas, dan sangat komited dengan seni depa. Depa tahu apa yang depa buat dan faham. Mereka cepat belajar. Jauh di sudut hati aku bangga dengan perkembangan ini, kerana 10 tahun lepas, seperti tiada orang yang kisah pasal Hip Hop di Kedah. Sekarang scene sihat berkembang dengan lebih ramai anak muda yang nak jadi rappers. Bagi aku itu sudah bagus.

Walaubagaimanapun, aku tak pernah rasa tercabar, dengan kedatangan ‘ombak baru’ atau new wave, sebab aku berada dia atas sampan aku sendiri dan pendayung di tangan aku. Bagi sesetengah pendatang baru yang kenal dan selalu keep in touch dengan aku, sudah aku anggap mereka seperti saudara, brother atau sekali pun anak benih aku atau bunga-bunga yang mekar dari ranting ranting aku. Stay blooming Young Homies! 🤝💎

MAMY : Apa cerita di sebalik nama pentas hang $AN ? Adakah nama itu dapat sebelum hang bersama Lq Music?

$AN : Nama ini yang pilih aku. Aku pernah ada beberapa nama pentas sebelum ini, tapi nama-nama itu hilang dalam lagu. Aku suka perkataan tunggal. Tapi bawak banyak maksud dan perspektif sendiri. $AN sekarang aku lihat sebagai branding.

MAMY : Siapakah yang menjadi inspirasi hang untuk terus berkarya selepas Lq Music dibubarkan?

$AN : Keadaan sekeliling dan kawan kawan yang banyak bagi inspirasi dan juga orang yang tak percayakan aku dulu. Mereka pembakar semangat aku. Yang paling penting diri aku sendiri, tahu mana arah tuju. Inspirasi aku ada dalam diri aku sendiri yang dipinjam Tuhan, tiada pada orang lain.

MAMY : Apakah sebenarnya yang hang nak ketengahkan dalam lagu-lagu hang? Sebab kadang-kadang topik yang hang bawa tak sama seperti orang lain. Sebagai contoh, Kepala Tanduk featuring YAPH.

$AN : I’m different. Aku berbeza dari orang lain. Cara aku blend atau acuan muzik aku berbeza, aku ada style aku sendiri or signature aku sendiri bila dalam lagu. Tajuk lagu yang aku pilih selalunya secara random, dan tajuk itu harus menarik, simple, unique dan mudah diingati.

Sejara jujurnya aku suka letak sesuatu yang mungkin agak kontroversi untuk dijadikan tajuk atau isu. Ya.

Jangan lupa ikuti $AN di laman sosial beliau :

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅