Life Petal (Sg) Terus Ghairah Bakal Buat Konsert Maya

oleh Iscandarz
787 views

Band genre Symphonic Pop Rock dari Singapura, Life Petal terus komited walaupun dalam suasana pandemik dan terbaru, mereka akan mengadakan konsert secara maya pada 19 September depan.

Life Petal yang terdiri daripada 6 sekawan mempertaruhkan lagu single mereka ‘Pilu’ yang berentak slow rock Melayu dan kini telah diputarkan di banyak stesen radio tempatan Malaysia, Singapura dan juga Indonesia (Riau).

Menurut mereka, persembahan muzik kecil-kecilan kini boleh dianjurkan di Singapura dengan jumlah terhad bawah 50 sahaja tetapi mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko jadi memutuskan membuat secara maya.

Konsert maya itu boleh dilawati di laman FB Braddell Heights CC (Pusat Komuniti Balai Rakyat Singapura Braddell Heights) dan Youtube Life Petal sendiri dijangka 19 September nanti. Tiada bayaran dikenakan bagi mengakses persembahan.

Mengenai perancangan masa depan, Life Petal akan bakal muncul dengan single terbaru berjudul ‘Warkah’ yang akan menambah koleksi lagu-lagu Melayu mereka selepas ini.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati