‘Ca$h In’ – Projek Ekplisit Silent Set Entertainment Bersama 53Stu

oleh Mohd Aqil Aiman
1.9K bacaan

Seperti yang kita semua sedia maklum, Silent Set Entertainment jarang sekali mengeluarkan projek berbentuk eksplisit. Namun begitu, pada 27 Julai yang lepas, Ca$h In menjadi lagu eksplisit pertama yang dirilis mereka di YouTube, diiringi sebuah video lirik yang lit.

Ca$h In adalah hasil kolaborasi antara Silent Set Entertainment dengan 53Stu yang berpengkalan di Melawati. Lagu yang menggabungkan Bahasa Melayu dan Inggeris ini menampilkan RYB3NA, Mortal, AMK dan Mad Muz dengan cara serta gaya mereka sendiri.

Tidak disangka-sangka gandingan empat orang Melawati ini mendapat sokongan yang jitu. Lagu berdurasi 4 minit 9 saat ini telah mencecah 5,000 tontonan dalam masa seminggu sejak dilancarkan. Lirik video yang dihasilkan oleh KidSLicK7 juga tidak kurang hebatnya dengan menunjukkan simbol-simbol yang berkait kuasa wang dan…illuminati?

“Beat bagi lagu ini dihasilkan oleh RYB3NA selaku produser dan dukacita dimaklumkan sepatutnya lagu ini diiringi dengan Muzik Video Rasmi cuma tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.” – Silent Set Entertainment

Jika ditanya kepada penulis, bahagian Mortal menjadi bahagian paling digemari. Hal ini kerana dia seakan-akan menjadi Big Brother ataupun Bossmen dalam persembahkannya dalam Ca$h In. RYB3NA pula tidak kurang hebatnya dengan penukaran flow yang swag!

Apa-apa pun, terus menyokong seni mereka dan sebarkan kepada khalayak yang lebih besar. Semoga banyak lagi projek yang mendatang daripada Silent Set Entertainment dan 53Stu.

Ikuti Silent Set Entertainment:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅