Sekam Membawa Anthem Baru Menerusi ‘Hardcore Selamanya’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.5K bacaan

Anda merindui irama hardcore? Jangan takut jangan gusar kerana Sekam telah kembali dengan single terbaru iaitu Hardcore Selamanya.

Buat yang tidak mengenali, Sekam ditubuhkan pada tahun 2018, mewakili Kuala Lumpur Hardcore City (KLHC) Malaysia dan terdiri daripada OneBiside selaku vokalis, gitaris Ardy (Naratu) dan Syazwan (Radikal), juga pemain bass Dega dan pemain drum Moyong (Subreject). Muzik mereka menggabungkan pengaruh dari hardcore punk dan heavy metal. Band ini mempunyai gaya tersendiri untuk mengukir cara mereka dalam kancah scene tempatan. Sekam sebenarnya bermaksud Street Edge Kids and Mosh, atau nama Sekam diambil dari pepatah Melayu, iaitu “Api Dalam Sekam” yang bermaksud ada niat baik dan buruk yang bermaksud apabila sekam dibakar, ia membakar walaupun tidak nampak dan ia menjadi sesuatu yang berguna, yang membawa makna kepada mereka sebuah semangat yang takkan padam.

Sedikit bedah siasat dari penulis. Penulis sempat menutup mata dan membayangkan sedang berada di kancah mosh pit ketika Sekam mempersembahkan lagu ini di mana penulis dapat melepaskan geram melakukan adegan sepak terajang bersama rakan-rakan yang lain dan semestinya penulis membayangkan insan yang ingin diberi penerajang (tiber). Ternyata irama freestyle hardcore yang dibawa oleh mereka ini memberi kesan yang setimpal dengan setiap guitar riff yang dibawakan, groove yang menggeletek jiwa penulis serta breakdown yang jitu tepat pada sasarannya. Kualiti? Jangan risau kerana jika insan yang melakukan adunan dan mastering itu ialah Ardy Hamdan dari NuBreax Studio, memang hasil yang diberikan mantap sekali ibarat Edinson Cavani aka El Matador menjaringkan gol untuk Manchester United.

Penulis ada bertanyakan tentang kisah lagu Hardcore Selamanya dan ini jawapan mereka:

“Hardcore selamanya adalah single kami yang kedua. “Hardcore Selamanya” (Hardcore for Life) adalah sebuah lagu yang didedikasikan buat peminat muzik Hardcore yang dari muda hingga tua masih meminati genre ini. Lebih-lebih lagi, lagu ini juga ditujukan buat pencetus band-band lama yang membawa irama ini dan menjadi inspirasi bagi kami. Selain itu, lagu ini sebenarnya menceritakan persaudaraan sesama kita tidak kira apa genre, kita tetap bersama dalam memperjuangkan scene kita, juga tentang semangat yang tidak luntur untuk melawan dgn melakukan sesuatu sehingga sampai ke penghujungnya dan bukan separuh jalan. tidak mudah menyerah kalah dan berjuang habis- habisan. Lagu ini sebenarnya terinspirasi dari band band hardcore lama yang di awalan seperti Basic Right, Chronic Mass, Groundrule, Projekt AK dan banyak lagi. Selainnya lirik lagu ini membawa semangat persaudaraan antara kita tak kira apa jua genre muzik dan memperjuangkan passion mereka terhadap muzik mereka gemari sehingga akhir hayat.juga di dalam scene kita tiada beza saling respect each other dan bersama membantu menaikkan scene kita.”

Jika ACAB mendendangkan lagu Skinhead Selamanya yang mewakili Skinhead, penulis boleh katakan bahawa Sekam mewakili Hardcore Kids dan mereka ingin menjadikan lagu ini sebagai lagu wajib di setiap acara mereka akan datang.

Tahniah buat Sekam atas pelancaran single ini. Sejujurnya penulis merindui gig dan acara-acara di Malaysia khususnya dan penulis ingin melihat mereka di pentas pada masa hadapan dan dapat melepaskan geram yang kesumat di dada ketika lagu ini dimainkan. Sekian! Adios!!

Ikuti Sekam di:

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅