‘Treat Ya!’ – Menggamit Nostalgia dari PFTD

oleh Mohd Aqil Aiman
2.9K bacaan

Produser Hip Hop/ RnB, PFTD baru sahaja melancarkan single terbaru bertajuk Treat Ya! Menampilkan Zhe Kamil, SXPH dan Rudeen.

Tanpa sebarang amaran, mereka telah berkolaborasi dengan melancarkan sebuah single pada 6 Ogos 2020 di saluran Youtube PFTD dan bakal berlabuh di semua media platform pada bila-bila masa.

PFTD merupakan sebuah produksi secara bersendirian bertempat di Kuala Lumpur dan menurut Rudeen, beliau juga merupakan DJ untuk Abu Bakar Ali. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah bekerjasama dengan beberapa artis dan komposer lain seperti Exactesy, ATOK Bootleg dan juga Guccimith. Tentang artis undangan di single ini, bukan calang-calang orang boi. Ada Zhe Kamil yang sering berganding bahu bersama Guccimith dalam beberapa lagu dan bak kata orang, rugi kalau tak kenal mereka kerana mereka ibarat permata baru di persada muzik tanah air. Yang kedua, SXPH. Penulis boleh menyatakan beliau antara OL (Orang Lamo) yang berlabuh di Malaysia dengan seribu satu pengalaman dan represent AMPG Worldwide. Satu penghinaan jika tidak mengenali beliau dengan vocal signature yang baik serta tembak tepat di jiwa jika mendengar lagu-lagu beliau. Dan Rudeen pula? Jangan ditanya kerana beliau ini sememangnya telah mendapat tempat di hati peminat dengan kekuatan vokal yang halus-halus meresap dalam minda.

SXPH

SXPH

Untuk single Treat Ya! ini, penulis agak terkesima dengan beat dan susunan yang dibawa oleh PFTD. Sungguh cantik produksinya dan bunyian guitar yang melodik juga menambah perisa menjadi sebuah produk yang sedap didengar beribu kali dan seharusnya lagu ini mendapat tempat di semua radio tempatan. Kalian boleh membayangkan jika mendengar lagu ini sambil memandu kereta ke destinasi yang jauh di musim panas. Teringat pula Justin Bieber di sini kerana trek yang dibawakan ini mempunyai vibe yang sama dengan lagu-lagu Bieber. Tapi PFTD lagi sedap. Dimulakan dengan Zhe Kamil yang penuh dengan ayat-ayat yang manis seperti marjerin, disalut dengan sentuhan hebat dari SXPH dan terakhir sekali kehadiran Rudeen sebagai penambah rasa telah memberi sebuah hidangan yang segar.

Zhe Kamil

Zhe Kamil

Cuma penulis sedikit kecewa kerana lagu ini terlalu pendek. 2 minit 37 saat yang sangat pendek tapi tidak mengapa kerana tiada guna butang ulang itu wujud di Youtube jika tidak ditekan banyak kali gittew dan mereka juga ingin menanam sebuah memori short and sweet kepada para pendengar di luar sana.

RUDEEN

Tahniah buat PFTD, SXPH, Zhe Kamil dan Rudeen atas pelancaran single terbaru ini. Seharusnya single kalian telah dimainkan di radio tempatan dan mendapat tempat di hati peminat dan penulis tidak sabar untuk menanti kehadiran trek ini di semua media platform. Adios!!

Ikuti mereka ini di:

PFTD
Zhe Kamil

SXPH

Rudeen

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅