Pasca Sini Mengajar Erti Cinta menerusi ‘Heavy Little White Lies’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.8K bacaan

Pasca Sini baru sahaja melancarkan single baharu yang bertajuk Heavy Little White Lies menampilkan Aimran Zaman pada 6 Ogos 2021 di YouTube dan semua platform strim digital.

Buat yang tidak mengenali, Pasca Sini merupakan kugiran Pop Punk berasal dari Damansara, Kuala Lumpur. Dianggotai oleh Awal Fakha Rosdi sebagai Vokalis, Thoriq Othman dan Anwar Hadi di posisi gitar, Aqmal Hakim sebagai pemain bass dan Palie memegang peranan sebagai pemain dram. Pada tahun lepas, mereka telah melancarkan sebuah album bertajuk ‘Emo Department’ dan mendapat reaksi positif dari para pendengar pop punk di Malaysia kerana memberi impak yang mungkin tidak sama dengan Hacktick ketika mengeluarkan EP mereka iaitu ‘Dogs Days Diaries’ namun manfaatnya sama iaitu menjadi positif dalam kehidupan seharian.

Jika diamati single ini, Heavy Little White Lies berkisar tentang hubungan manipulatif, di mana ia menceritakan tentang nostalgia masa lalu dan tidak ingin pergi ke zaman kini untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. Agak musykil namun tidak mengapa kerana tajuk lagu ini menceritakan segalanya. Tajuk lagu itu sendiri menunjukkan bahawa kepercayaan adalah salah satu perkara yang paling penting dalam semua jenis hubungan sama ada platonik, atau romantis.

Menerusi lagu ini penulis agak tertarik dengan arah tuju yang mereka bawakan. Jika sebelum ini single mereka straight up pop punk/emo, kali ini mereka membawakan sebuah rencah yang segar dan memberi nafas baharu kepada produk mereka bukan sahaja dari sudut bunyi malah susunan lagu yang lebih mantap. Kehadiran Aimran Zaman dari For Heaven Sake, Chakoy sebagai gitaris undangan juga memberi sebuah elemen tambahan yang seharusnya ada pada lagu ini. Untuk kualiti? Tidak dinafikan lebih baik dan kehadiran Parallel Records memberi manfaat yang baik dalam menghasilkan produk yang padu seperti Ayam Penyet Warong Pojok Sunway. Tahniah buat Parallel Records atas adunan dan mastering yang mantap dan inilah kali pertama Pasca Sini melakukan produksi di sana kerana sebelum ini mereka bekerjasama dengan Shaheir Jidin dari Jendela Recordings.

Persoalan penulis di sini, apakah ini tanda Pasca Sini ingin mengeluarkan album baru? Atau hanya single demi single? Kerana penulis merasakan haluan yang mereka bawakan kali ini lebih baik berbanding album mereka. Bukanlah untuk menyatakan album mereka sebelum ini tak best, Cuma penulis merasakan mereka lebih baik dengan adanya single baru menunjukkan paten yang segar dan mantap.

Tahniah buat Pasca Sini atas pelancaran muzik video dan single terbaru ini. Semoga kalian terus maju di masa hadapan dan paling penting, semua jaga SOP di mana jua anda berada dan yang terakhir, jangan jadi insan yang berani di sosial media mampu mengutuk orang sahaja, tahulah dah lama tak tengok wayang janganlah buat wayang pula ya. Jadilah seperti insan yang lawan di perhimpuan ‘Keluar dan #Lawan’ tempoh hari kerana Pasca Sini stands against a corrupt government. #Lawan

Ikuti Pasca Sini di:

Instagram

Twitter

Ikuti Aimran Zaman di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅