Pada 3 Ogos 2021, Rahhh5Kaki aka Muariffah dan Danye, rapper dari Lawalah Familia secara tiba-tiba telah merilis sebuah lagu di saluran Mic Belakang Pintu. Lagu yang berdurasi 3 minit 27 saat bertajuk Tiba Tiba ini amat mengigit sehingga ramai pendengar menyatakan mereka tidak puas dan mengulangnya berkali-kali.
Tiba Tiba boleh dianggap sebagai satu revolusi Boom bap yang menarik. Hal ini kerana apabila penulis mendengar lagu ini secara teliti, terdapat bunyi paluan kompang! Bak kata omputih “It’s brilliant.”
Selain daripada susunan muzik yang tight oleh Muariffah dan Danye, flow mereka juga memberikan sudden shock. Pada pandangan penulis, lagu ini amat seronok kerana tiba-tiba tukar flow, tiba-tiba bars, tiba-tiba nasihat, tiba-tiba menganjing, tiba-tiba ulang dengar.
“Danye ni memang berbakat besar dan aku dah dengar lagu-lagu untuk upcoming album dia, serious power!” – SABALLA dalam live beliau baru-baru ini.
Danye merupakan seorang produser, penyanyi rap dan penulis yang amat berbakat berasal dari Perak Darul Ridzuan. Rahhh5Kaki aka Muariffah pula merupakan perkongsian jasad di mana kalau pendengar perasan ada kelainan di antara mereka berdua walaupun daripada jasad yang sama.
Ikuti mereka di instagram: