Lagu ‘Live Forever’ Ditulis Semasa Noel Bekerja di Kedai Bahan Binaan

oleh Aqil Syakir
2K bacaan

Pada 8 Ogos 1994 adalah tarikh ulang tahun bagi lagu yang menjadi sinonim buat rakyat U.K iaitu Live Forever dari Oasis. Ia merupakan antara salah satu single yang hit dalam album sulung mereka, Definitely Maybe.

Sempena dengan ulang tahun lagu ini, mari kami sajikan satu kisah disebalik lagu Live Forever. Mari kami berikan alunan lagu Live Forever untuk telinga anda sambil membaca artikel ini:

Lagu Live Forever Ada Kaitan Dengan Kurt Cobain?

Album cover Live Forever ini menampilkan gambar rumah John Lennon. Sumber: Amazon.

Kisah bermulanya lagu Live Forever ini semasa Noel Gallagher bekerja di kedai bahan binaan. Selepas kecederaan pada kakinya, dia ditugaskan untuk bekerja di dalam bilik stor dan dari sinilah idea-idea penulisan lagu timbul.

Lagu Live Forever ini juga diinspirasikan dari lagu Shine A Light dari The Rolling Stones.Selain itu, lirik dari Noel ini ialah satu tindak balas terhadap sikap negatif pemuzik dan genre iaitu grunge dan Kurt Cobain. Ini apa yang dikatakan oleh Noel sendiri:

It struck me that this fucker, an extremely talented guy, had everything I wanted,” Gallagher explained. “He was rich, he was famous, he was in the greatest rock and roll band of its time — and he’s writing songs saying he hates himself and wants to die! My way of thinking was, Well, I fuckin’ love myself, and I’m gonna live forever, man!”. – Sumber dari RadioX.

Ketika Oasis merakam Live Forever, penerbit Owen Morris memotong intro gitar untuk memasukkan alunan ketukan drum dan memainkan solo gitar Noel secara separuh. Ternyata, eksperimen ini berjaya!

Satu lagi fakta menarik:

Dalam video Liam Gallagher vs Kids di saluran YouTube Noisey, seorang kanak-kanak perempuan bertanyakan soalan apakah lagu yang paling Liam suka? Liam menjawab lagu Live Forever kerana ia mengingatkan dia tentang ibunya.

Pernah Dinyanyikan Untuk Penghormatan Kepada Tragedi Manchester

Selepas serangan pengganas di Manchester pada Mei 2017, (di mana 22 orang meninggal dunia semasa konsert Ariana Grande), Liam Gallagher bersama Chris Martin dari Coldplay membawakan lagu Live Forever di konsert One Love Manchester.

Semasa lagu Live Forever didendangkan, ia diibaratkan sebagai satu titik kedamaian kepada semua orang. Penonton menyanyi dengan penuh perasaan dan ada juga yang memegang plakad bertulis “We ♥ Manchester”.

Sumber:
  1. RadioX.
  2. Oasismania.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅