Patriots Kongsi Kematangan 11 Tahun Bersama Menerusi ‘Remnant’

oleh Anome
2.3K bacaan

Kugiran Pop Mosh, Patriots baru sahaja melancarkan video muzik (MV) single terbaharu, Remnant pada 11 Mac 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 41 saat di saluran YouTube rasmi mereka, PatriotsMY.

Sama seperti single Misguided sebelum ini, produksi Remnant diuruskan oleh Raja Nazmin Shah dari SOG Production manakala proses mixing dan mastering nya mendapat sentuhan jurutera terkemuka, Gareth Hargreaves dari Australia.

Ditulis sepenuhnya oleh mereka, Remnant mengetengahkan identiti Patriots dengan rentak laju yang diadun bersama bunyian Post-Hardcore dan juga J-Rock. Mereka juga masih mengekalkan penggunaan campuran bahasa Malaysia dan Inggeris di dalam penulisan lirik.

Naskah ini menggambarkan kematangan Patriots sebagai sebuah kugiran yang telah bersama selama 11 tahun selain refleksi emosi terhadap setiap kejayaan dan cabaran yang menanti di kemudian hari.

Dalam masa sama, Patriots juga bakal melancar semula debut album mereka, Separation yang telah dikeluarkan pada tahun 2020 dengan tambahan dua trek bonus sekaligus menjadikannya sebagai album Deluxe dengan 16 trek. Mereka juga akan mengulang cetak baju-T Separation yang boleh dibeli di laman web rasmi mereka.

Dengarkan Remnant di saluran rasmi YouTube dan Spotify Patriots dan ikuti juga laman media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk kemaskini mengenai album dan cenderamata Separation yang bakal diulang cetak dalam masa terdekat.

Patriots

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅