Patriots Membakar Semangat Dengan ‘Misguided’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.1K bacaan

Setelah sekian lama, sebuah band yang berpaksikan Pop Mosh, Patriots telah melancarkan sebuah single baharu berserta video muzik (MV) bertajuk Misguided pada 27 Mac 2021. Lebih mengujakan, single ini turut menampilkan Revi Novka dari Knuckle Bones, sebuah band Alternative Emo dari Indonesia.

Buat yang tidak tahu, Patriots mula mengorak langkah pada tahun 2016 dan melancarkan album debut; Separation pada tahun 2020. Album ini juga mendapat pelbagai respon positif dari pendengar kerana mempunyai pelbagai variasi bukan sahaja dari Pop-Mosh namun terdapat banyak elemen seperti J-Rock, Post Hardcore, Balada dan lain-lain.

Sepanjang berlangsungnya lagu Misguided, penulis agak teruja kerana kali ini mereka tampil lebih bereksperimen dan agak berbeza berbanding album Separation. Terdapat beberapa elemen berat yang terhasil, juga tidak ketinggalan elemen J-Rock turut disuntik di setiap sudut. Buat vokalis mereka, Ayeen, Wow! Lain macam ya sekarang. Scream anda makin berat dan metal! Dengan kehadiran Revi, kolaborasi antara mereka penulis boleh katakan ibarat kombo Nasi Lemak Ayam dan Sirap Bandung Ais. Syahdu!

Penulis juga berminat untuk mendalami lirik yang disampaikan kerana ia menceritakan tentang keyakinan diri dan keazaman setelah pelbagai perkara berlaku sepanjang dua tahun ini disebabkan pandemik Covid-19. Dan penulis percaya apabila kalian mendengar lirik ini, kalian akan merasa lebih positif dan matang untuk menghdapai cabaran di masa hadapan.

Bercakap tentang Revi Novka, beliau merupakan vokalis utama Knuckle Bones dari Indonesia dan sedang bersinar ibarat permata dalam industri muzik di sana kerana kemerduan suaranya selain poetic writing yang menusuk jiwa. Kegemaran penulis untuk Knuckle Bones? Semestinya single mereka yang terbaharu iaitu Crush.

Tahniah buat Patriots atas pelancaran single Misguided dan sejujurnya penulis tidak sabar akan rilisan mereka yang seterusnya. Selamat Maju Jaya Patriots!

Ikuti Patriots di:

Facebook

Twitter

Instagram

Ikuti Knuckle Bones di:

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅