Pelayaran Kedua Sekumpulan Orang Gila Bermula

oleh Aniq Ammar Ekhwan
4.7K bacaan

Sekumpulan Orang Gila

Sekian lama menanti dari 2018, akhirnya unit Post Hardcore Malaysia, Sekumpulan Orang Gila (SOG) tampil dengan album ketiga mereka iaitu Second Voyage sekaligus meluncur video lirik terbaharu dengan judul sama menampilkan Tim Lambesis dari As I Lay Dying di Youtube pada 25 September 2021.

SOG nampaknya telah step up the game ke arah lebih menakjubkan dari sudut susunan lagu dengan menampilkan alat muzik tradisional Melayu yang sememangnya menjadi cap mohor enam orang anak muda yang ‘gila’ ini. Bukan itu sahaja, vokal Raja Nazrin sedikit berubah kali ini dan membuat satu variasi baharu di mana lenggok melodi klasik seperti bersyair telah disuntik ke dalam lagu berbahasa inggeris (lain macam boi) dan ditambah pula selingan vokal Tim Lambesis yang memberi impak besar kepada Second Voyage secara keseluruhan.

Penulis difahamkan lagu ini merupakan lagu terakhir mereka rakam dan punca mengapa album ini agak lewat menemui peminat. Namun begitu, besar juga hikmahnya kerana kolaborasi dengan Tim Lambesis merupakan satu penanda aras yang tinggi buat mereka dan beliau sememangnya memberi kerjasama yang baik dalam single ini dan memperkukuhkan lagi struktur lagu.

Sekumpulan Orang Gila – Second Voyage

Penulis sempat berbual dengan Raja Nazrin selaku vokalis dan gitaris berkenaan album terbaharu ini. Menurut beliau:

Second Voyage ini merupakan album yang membanggakan dan aku akan ceritakan dekat anak dan cucu aku satu hari nanti sebab album ini sememangya sesuatu yang lain dengan kualiti rakaman yang bertahap antarabangsa dan production level sememangnya tinggi dan kita tak pernah membayangkan sebelum ini untuk kolaborasi bersama Bert Poncet dan Eric Poncet dari Alias Studio dan telah menjadi realiti. Nak seribu dayalah kata orang (sambil berseloroh).

Penulis juga bertanyakan tentang cabaran dari sudut teknikal yang mereka hadapi dalam proses rakaman di Alias Studio (Paris)  dan ini merupakan jawapan Raja Nazrin:

Dari sudut teknikal, Adek rekod drum secara live tau, dan dia struggle nak dapatkan permainan yang sempurna, walaupun ada resample dalam kesemua lagu, tapi kita nak bagi kualiti yang cantik kerana resample ni la yang membuatkan sound drum jadi tight dan blend in dengan semua instrument. Dan inilah hasilnya!

 

Dari sudut bunyi pula, faktor persekitaran telah menjadi sebuah kayu ukur yang baharu dalam proses kali ini dan juga sebelum ni kalau lagu metal je mesti roots mula dari 0 tapi kali ini kitorang start the song from fret 2 dan fret untuk bagi kelainan. Untuk vokal pula, aku kali ni membawa benda yang berbeza. Kalau sebelum ni album Dermaga aku banyak bagi vokal tinggi tapi kali ni aku kasi pattern lain sikit dan sebati dengan lagu. Untuk pengetahuan korang, Second Voyage ni merupakan gabungan dari 2 album sebelum ini dan menjadi sebuah cerita baru dalam rilisan kali ini.

Tambah beliau lagi, SOG mempunyai perancangan besar selepas pelancaran album ini iaitu siri jelajah. Tidak pasti lagi bila akan terjadinya pelayaran ini dan mereka masih dalam proses untuk melaksanakan semuanya dalam masa yang terdekat. Sama-samalah kita mendoakan agar proses mereka berjalan dengan lancar.

Sejujurnya, Second Voyage hadir tepat pada masanya di mana kita kini sedang menuju ke fasa terakhir untuk hidup bersama Covid-19 ini dan album ini merupakan album wajib dengar pilihan penulis pada 2021. Dengan usaha yang mereka berikan, Second Voyage sememangnya sebuah produk yang sangat berbaloi untuk peminat muzik beli album dan simpan hingga ke penghujungnya.

Tahniah buat Sekumpulan Orang Gila atas pelancaran Second Voyage. Semoga kalian sentiasa dilindungi dari segala anasir yang melanda. Teruskan perjuangan dan semoga Tuhan selamatkan Post Hardcore! We Are Stronger than Before! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses rakaman album ini, boleh ikuti siri berikut di saluran YuoTube mereka.

Tonton juga sesi khas Music Addicts Malaysia bersama Raja Nazrin di MAMY GEAR yang membincangkan pelbagai perkara teknikal tentang peralatan muzik beliau sehinggalah proses rakaman Second Voyage:

Kalian juga boleh dengarkan album terbaru mereka ini di platform-platform strim digital pilihan atau kalian boleh beli album mereka di https://www.sekumpulanoranggila.com/.

Ikuti Sekumpulan Orang Gila di:

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅