Baru-baru ini, dunia muzik dikejutkan (sekali lagi) dengan drama perentas genre terhangat masa kini, Machine Gun Kelly aka MGK sewaktu beliau beraksi di Riot Fest. Dalam setnya, beliau sempat berseloroh mengatakan bahawa beliau ‘berbangga’ sebab tak perlu pakai topeng pelik di usia 50 tahun di atas pentas bercakap benda-benda bodoh. Tonton cuplikan video tersebut di bawah:
Berikutan tohmahan tersebut, bermulahlah perang Twitter antara kedua persona dan sedikit demi sedikit, realiti sebenar tentang punca sebenar kenapa MGK memulakan hinaan tersebut didedahkan. Pagi tadi, MGk telah memuatnaik satu ciapan yang menerangkan bahawa sewaktu proses rakaman album Tickets to my Downfall, Corey telah menyumbang suaranya untuk satu rangkap dalam sebuah lagu. Bagaimanapun, MGK menyifatkan produk tersebut sebagai sangat teruk dan dia membakulsampahkannya terus. Tambahnya lagi, Corey kemudian bercakap buruk tentang album tersebut dalam temubualnya kepada sebuah majalah dan MGK menganggap bahawa Corey tak boleh terima kenyataan dan bitter tak tentu fasal.
corey did a verse for a song on tickets to my downfall album, it was fucking terrible, so i didn’t use it.
he got mad about it, and talked shit to a magazine about the same album he was almost on.
yalls stories are all off.
just admit he’s bitter.— blonde don (@machinegunkelly) September 20, 2021
Lebih kurang satu jam kemudian, Corey membalas kenyataan MGK dan menyatakan MGK berperangai seperti budak-budak kerana mendedahkan perkara privasi sedemikian. Beliau menjelaskan bahawa beliau menolak pelawaan MGK dalam album tersebut setelah MGK cuba mengubah rangkap yang telah dihantarnya. Corey turut memuatnaik dua tangkap layar emel dari Travis Barker dan jawapan beliau sendiri untuk polemik trek yang dikenali sebagai Can’t Look Back tersebut. Baca di bawah:
I don’t like people airing private shit like a child. So this is all I’ll say: I didn’t do the track because I don’t like when people try to ‘write’ for me. I said NO to THEM. So without further ado…. #receipts
This is all I’m going to say about it. pic.twitter.com/pkhweg1Ptn— SHRED DJENT REDEMPTION (@CoreyTaylorRock) September 20, 2021
Secara ringkas, MGK pada mulanya teruja dan suka dengan input Corey, namun mencadangkan sedikit perubahan kepada bahagian kedua rangkap tersebut dengan gaya ‘Psychososial’ beliau. Corey bagaimanapun tidak teruja dengan idea tersebut dan menolak untuk terus bekerjasama. Ouch!
Adakah drama tersebut tamat dengan aman? Tidak sama sekali. Sejam kemudian, MGK dengan selamba membalas ciapan Corey dan mengatakan memang rangkap tu sangat teruk dan dia sebenarnya nak suruh Corey rakam semula. Haha! Sempat juga dia ajak Corey rakam cover Britney Spears je.
basically, your verse was really bad.
respectfully, i was just telling you to rewrite it because it was really bad.
respectfully. 😕
but let’s do a britney spears song cover together 🤘🏼— blonde don (@machinegunkelly) September 21, 2021
Penulis yakin perang ini belum berakhir dan akan ada jawapan balas dari Corey lagi selepas ini. Bagi anda, siapa yang bitter sebenarnya? Disebabkan jurang generasi peminat antara dua entiti, mungkin kita akan melihat perbezaan pendapat yang sangat ketara.