Produser Gerilla Records Baru 17 Tahun?

oleh Mohd Aqil Aiman
3.9K bacaan

Reezy (kiri) dan Da’Souljahh (kanan).

“Saya tak kisah bila diorang bagi komen membina.” – Reezy

Beberapa hari lepas, penulis ada berbual santai dengan pengasas Gerilla Record iaitu Nazirul Aiman atau lebih dikenali sebagai Da’Souljahh. Beliau yang baru berusia 25 tahun telah berjaya membuka sebuah label rakaman berpusat di Petaling Jaya bawah kendalian beliau sendiri dan mempunyai seorang produser “kecil-kecil cili padi” bernama Reezy.

Da’Souljahh mungkin bukan nama yang biasa didengari oleh umum, tetapi percayalah sebahagian besar komuniti Rap bawah tanah Malaysia pasti pernah atau memang kenal dengan Da’Souljahh sama ada secara fizikal ataupun virtual. Beliau yang berguru secara terus dengan Mont Berg dan Rahhh5Kaki sewaktu #RDMM 2018 mengembang dan menyebarkan kebaikan kepada setiap yang dikenalinya. Penulis sendiri pernah minum cendol dengannya dahulu. Haha.

Reezy.


Satu kejutan yang amat dasyat apabila penulis mengetahui Reezy yang dilamar sebagai produser Gerilla Records baru sahaja berusia 17 tahun dan telah menghasilkan lebih kurang 150 beats hasil tangan beliau sendiri.

“Sebetulnya masa tu saya tak kenal pun siapa Da’Souljahh ni. Saya kenal beliau selama tiga bulan dan kemudian saya bertemunya di studio. Sempat juga kami “masak-masak” masa tu.” – Reezy

“Sekarang ni kitaorang dah macam adik abang, dia ada dengan saya bila saya perlukan dan saya ada bila dia perlukan,” tambahnya lagi.

Siapa sangka, seorang penggemar permainan video dan penyunting video akan menceburkan diri ke dalam dunia muzik.
Itulah Reezy, anak muda kelahiran Kelantan yang pada mulanya hanya sekadar hobi dan kini menjadi pekerjaan.

Reezy yakin dalam masa lima tahun akan datang beliau akan menghasilkan sesuatu yang “besar” untuk beliau, Da’Souljahh dan Gerilla Records.

“Kalau diorang kecam pun aku tak kisah sebab benda tu akan jadikan pemangkin semangat aku untuk improves.Aku tak kisah orang nak kata aku new ke apa.” – Reezy

Dengan semangat yang tidak ambil kisah dengan mulut-mulut orang, Reezy dan Da’Souljahh semakin ke depan dengan beberapa projek yang telah dihasilkan mereka, antaranya Waves dan Ku Tak Tahu yang akan dirilis pada 24 September 2021. Bukan sahaja memproduksikan beat, malah mereka turut menjalankan pakej mixing, mastering dan recording.

 

Mereka berdua (Da’Souljahh & Reezy) telahpun mengeluarkan beberapa beat di saluran YouTube Gerilla Records untuk khalayak umum gunakan secara percuma dengan syarat mengkreditkan nama mereka apabila menggunakannya.

“Daripada Rapper-Rapper dekat luar tu gunakan beat YouTube yang mungkin nanti akan kena copyright pastu kena saman, Baik guna beat yang kami bagi. Itulah cara kami support korang dan korang support kami.”- Da’Souljahh Founder Of Gerilla Records

Reezy memberitahu kepada pihak MAMY bahawa beliau amat bersyukur sekiranya suatu hari nanti beliau dapat peluang untuk berkolaborasi dengan LastKhalif. Semoga impiannya tercapai.

Penulis sempat bertanya kepada Da’Souljahhh mengapa berani mempertaruhkan seorang remaja berusia 17 tahun untuk berjuang bersamanya di dalam Gerilla Records dan beliau menyatakan bahawa beliau nampak sesuatu pada Reezy yang tak ada pada mata orang lain.

Akhir kata, Pihak MAMY mengucapkan selamat maju jaya kepada Gerilla Records. Semoga nama kalian terus mekar dan berjaya menggoncang industri satu hari nanti.

Ikuti Gerilla Records di:

YouTube

Instagram

Facebook

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅