Aidy’Ad yang lahir di Hospital Klang dan membesar di Shah Alam merupakan seorang Rapper dan Produser Hip Hop Malaysia. Beliau yang terkenal dengan lagu Jangan Main Gila ini dianggap “OG” oleh newcomers rapper underground. Pengalaman dan ilmunya sepanjang lebih 10 tahun terlibat dalam industri amat dipandang tinggi gerombolan rapper-rapper baru.
Pengalaman Aidy’Ad bukan sekadar dalam skena Hip Hop sahaja. Beliau juga pernah menghasilkan EP bertajuk Dunia Legasi untuk Stubborn, sebuah kumpulan Punk Rock Malaysia. Beliau turut pernah tercalon dalam carta rock di stesyen radio Suria FM untuk beberapa minggu hasil kolaborasi bersama kumpulan tersebut.
Bersama Silent Set Entertainment, Aidy’Ad pernah terbabit untuk sesi temuramah di Majalah 3 bersama Bungaisme. Beliau juga merupakan salah seorang tunjang kuat untuk lagu Buana yang menampilkan Fahmi Anuar dan Emmjay serta tulang belakang kepada lagu Garis yang mempersembahkan AzamRhadio, MK (K Clique) dan $AN.
Pihak MAMY berjaya menemubual Aidy’Ad secara personal dan beliau sempat berkongsi sedikit sebanyak tentang pandangannya mengenai Rap pada zaman sekarang. Ikuti selanjutnya di bawah.
MAMY : Dalam sebuah sesi temuduga bersama 35’s TV, Aidy’Ad memberitahu sedang mempersiapkan sebuah EP berkonsepkan Boom Bap. Apa perkembangan EP tu? Adakah akan keluar dalam masa terdekat ini?
AIDY’AD : EP tu masih belum siap sepenuhnya dan masih ada beberapa lagu yang masih dalam proses. Aku minta maaf kerana gagal mengeluarkan EP tu mengikut jadual. Tapi Insha Allah aku akan cuba siapkan jugak. Bila nak keluar tu? Aku hanya mampu merancang…Hahahahha.
MAMY : Daripada apa yang kami sedia maklum, Aidy’Ad antara otai dalam Scene Rap Malaysia. Apa yang membuatkan Aidy tak berhenti dan terus menerus menghasilkan produk?
AIDY’AD : Rap dan musik Hip Hop ni dah sebati dengan jiwa aku. Kira-kira 11 ke 12 tahun lepas masa aku mula-mula berjinak dengan dunia rap, aku dapat rasa satu kepuasan bila aku boleh dan mampu untuk menghasilkan sebuah karya. Bila dah lama-lama, benda ni dah jadi passion. So, sebabkan passion-lah aku masih tak rasa nak berhenti buat muzik dan menghasilkan produk-produk lain.
MAMY : Bagi yang tidak mengenali Aidy’Ad secara peribadi dan nak belajar tentang skill penulisan lagu Rap, apakah Aidy akan terus terima atau ada syarat-syarat tertentu? Contohnya seperti Bunga, kita sedia maklum bahawa Aidy antara orang yang menggilap dia dari segi penulisan lirik. Boleh tak cerita dengan MAMY?
AIDY’AD : Buat masa sekarang ni, aku tak rasa writing skills dalam rap ni relevan. Citarasa pendengar sekarang dah jauh berbeza kalau nak bandingkan dengan yang dulu. Budak-budak sekarang ni lebih fokus pada flow or vibe things. Dan pasal nak belajar tu, aku agak memilih jugak sebenarnya. Sebab ramai sangat-sangat dah yang DM aku cakap nak belajar, bila aku dah kongsi apa yang aku tau, diorang pun hilang. Mungkin diorang-diorang ni dah jadi Ghost Writer. Hahahhaha. Syarat nak aku kongsi pasal writing skills ni senang je, kau tunjukkan effort kau. Jangan semua pun nak minta suap. Kalau macam tu, kau takkan belajar apa-apa dan kau takkan nampak hasil kau.
MAMY : Jangan Main Gila antara lagu yang tak mati ditelan zaman melibatkan Aidy dan juga BPC. Pernah terfikir tak lagu tu akan ada orang dengar selepas 10 tahun?
AIDY’AD : Uish.. Sumpah aku tak sangka orang masih dengar lagu tu sampai sekarang ni. Terima kasih sebab korang masih dengar lagu tu.
MAMY : Daripada B-Boy kau beralih ke Skate dan terus ke arah Rap (Muzik). Adakah kau anggap semua elemen ni saling berkait atau memang minat tu sering berubah-ubah?
AIDY’AD : Pembetulan dekat sini. Sebenarnya aku start dengan skate dulu, baru ke B-Boy. Dulu masa aku mula-mula skate (sekitar tahun 1998) stail dress up skaters ni diorang pakai baggy dan rata-rata dengar lagu Rap/ Hip Hop. Jadi, sedikit sebanyak elemen-elemen Hip Hop tu boleh dikatakan berkait rapat juga la. Jangan salah anggap pula, kalau skaters je mesti layan Hip Hop. Zaman berubah dan citarasa muzik pun lain-lain. Cuma secara peribadinya, pada aku, mungkin kalau tak sebab aku main skate, aku takkan jatuh cinta dengan muzik Rap / Hip Hop. Jadi, terima kasih kawan-kawan skate aku yang kat Pekan Pahang dulu..
“Jangan pernah lupa diri, ingat setiap orang yang ada dengan kita. Jangan bongkak kalau taknak sakit.“ – Aidy’Ad
Ikuti Aidy’Ad di :
Instagram