Penggunaan Synth Dan Elemen Gitar Yang Kuat Dalam Rastaman Vibration

oleh Azam Gilmour
931 bacaan

Sebuah album yang berjaya di US, dan menjadikan album pertama Bob Marley yang berjaya menduduki 10 teratas dalam Billboard 200 (ditangga ke-8), dengan single terkenal di sana Roots, Rock, Reggae. Synthesizer paling menonjol dalam Rastaman Vibration, menambahkan lagi rencah dengan elemen gitar yang kuat. Rastaman Vibration adalah antara tiga album oleh The Wailers yang dikeluarkan pada tahun 1976, selain Blackheart Man oleh Bunny Wailer dan Legalize oleh Peter Tosh.

Walaupun setiap lagu dikreditkan kepada ramai penulis lagu, termasuk rakan keluarga dan anggota The Wailers sendiri, tetapi sebenarnya semua lagu dicipta sendiri oleh Bob Marley. Bob terlibat dalam perselisihan kontrak pada masa itu dengan bekas syarikat penerbitannya, Cayman Music. Bob tidak mahu lagu-lagu barunya dikaitkan dengan Cayman Music, jadi Bob meletakkan nama-nama selain namanya sebagai kredit penulis lagu, sebagai cara untuk mengelakkan batasan kontrak dan memberikan pertolongan berkekalan kepada anggota keluarga dan rakan baiknya.

Vincent Ford, kawan Bob sejak kecil dikredit sebagai penulis lagu No Woman No Cry dalam album Natty Dread, juga lagu Crazy Baldheads dikredit bersama isteri Bob, Rita Marley, Positive Vibration, Roots, Rock, Reggae, Inna De Red, dan Jah Bless dikredit bersama anak Bob, Stephen Marley.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #BobMarleyAndTheWailers #BobMarley #RastamanVibration

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅