Lagu Raya Punk Rock dengan 199X – Lebaran Ini [Cover Raihan]

oleh Chiv Iscandar
1.3K bacaan

Ada yang bertanya, tahun ini tak ada lagu baru punk rock raya ke??? Mungkin tiada, kerana suasana pandemik yang masih belum surut dan budak-budak punk kekeringan idea berpuasa.

Band punk rock dari Kelantan, 199X telah melancarkan lagu raya punk rock semasa musim raya pandemik pertama 2020 dan mungkin elok ditonton dan diperdengarkan semula. Lagu cover ‘Lebaran Ini’ yang asalnya dinyanyikan beramai-ramai oleh Raihan, Nowseeheart, Rem (bukan band REM Michael Stipe tau) dan Ajai ini mendapat suntikan punk rock daripada 199X dan cuba memeriahkan suasana lebaran.

Lagu ini turut mempunyai gandingan beberapa rakan dan nama besar dalam scene punk tempatan yang turut sama berkolaborasi iaitu seperti Nas Plague of Happiness, Widy Gerhana Ska Cinta, Bob Sentuhan Buskers, Edy Gerhana Ska Cinta/A.C.A.B, Sabri Stubborn, Kid Half Asleep, Abeb Fourwalls.

Mungkin lagu ini agak klise atau terlampau ‘sopan & murni’, namun 199X membuktikan mereka boleh membantai sebarang lagu secara punk rock mengikut konsep mereka.

Kali terakhir mereka tampil dengan single baru ialah ‘Terbang’ dan diharap mereka dapat mengeluarkan material punk rock baru yang lebih ganas dan meriah tahun ini.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅