Album ketiga The Cranberries, To the Faithful Departed dilancarkan hari ini 25 tahun lalu. Dolores berkata, album ini ditujukan kepada Denny Cordell kerana beliau yang membawa The Cranberries dapatkan kontrak bersama Island Records, dan kepada atuknya Joe, yang meninggal dunia pada tahun yang sama.
Sedikit kelainan untuk promosi album ini, The Cranberries tampil di beberapa persembahan TV, pada tahun 1995-1996. Antaranya adalah Concierto Básico 40 (Sepanyol), MTV Unplugged dan The Late Show with David Letterman (USA), Sanremo Music Festival 1996 (Itali), X-Ray Vision (England), dan beberapa lagi.
Lima bulan mereka menjelajah, bermula di Asia pada 30 April hingga 17 Mei 1996 (Filipina, Thailand, Taiwan, China dan Jepun), New Zealand dan Australia, dan menutup jelajah di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Jun 1996.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #TheCranberries #ToTheFaithfulDeparted