Dewa (dikenali sebagai Dewa 19 sebelum rilisan album ini) lancarkan album kelima mereka, Bintang Lima hari ini pada 2000. Album yang memperkenalkan dua anggota baru, Once (vokalis) dan Tyo Nugros (pemain dram). Kehadiran dua anggota baru ini membawa angin baru dalam muzik Dewa. Album paling berjaya dan banyak terjual di antara semua album mereka yang lain, dengan jualan 1.8 juta unit.
Sebuah band yang tidak kering dengan kontroversi di Indonesia. Setelah memecat Wong Aksan dan Ari Lasso pada tahun 1997, Dewa 19 senyap sepi tanpa berita, inikan pula album baharu. Ramai berpendapat Dewa 19 sudah tiada ketika itu.
Tulang belakang Dewa 19, Ahmad Dhani kembali merekrut vokalis Once dan pemain dram Tyo Nugros, dan membuang nombor 19 pada nama mereka. Ramai yang ragu akan kebolehan album ini menangani jualan album sebelumnya Pandawa Lima, yang berjaya terjual 900,000 unit.
Selepas beberapa single dikeluarkan, Bintang Lima terjual lebih 1.8 juta unit, walaupun lirik dan susunan lagu yang sangat berbeza dengan album-album sebelumnya, ternyata album ini berjaya menghasilkan lagu popular. Kehadiran album ini kembali menguatkan paksi Dewa sebagai salah sebuah band paling berpengaruh di Indonesia.
Lima penghargaan diraih oleh Lima Bintang, antaranya Kumpulan Terbaik dan Album Terbaik tahun itu.
#MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #Dewa19 #AhmadDhani #BintangLima