Penghargaan Untuk ‘Sang Pejuang’

oleh Rahmat Mohd Did
2K bacaan

Hujung lepas lepas, unit fuzz rock dari Batu Gajah/ Ipoh ini muncul dengan karya pertama mereka, sebuah single berjudul Melakar. Setelah lima bulan dalam pertapaan, mereka melancar single kedua, Sang Pejuang sekaligus mini album pertama, Bentala pada 15 Mei 2021.

Raksar dibarisi Azzim Luqman sebagai vokalis dan pemain gitar (juga pemain gitar band metal Cycryptic), Md Shahfari (E) sebagai pemain bass dan dibantu oleh rakan seperjuangan mereka Afiq (Apek), Awie Joe dan Dani sebagai sessionist drum dan gitar.

Menurut mereka, single kedua ini sangat istimewa kerana ia merupakan sebuah penghargaan (tribute) kepada Zulfaiz Shamsudin, orang kuat di belakang Raksar yang baru sahaja meninggal dunia akibat kanser.

“Video muzik (MV) ini merupakan sebuah karya terakhir Zulfaiz Shamsudin bersama Azzim Luqman. Arwah merupakan sahabat yang amat disenangi oleh para sahabat dan telah banyak membantu kami dalam menjayakan Raksar sejak dari awal. Beliau juga merupakan orang penting yang menjayakan MV ini di samping para sahabat yang sama-sama beraksi di dalamnya.”

Sama seperti MV Melakar sebelum ini, Raksar mengekalkan identiti mereka dengan memasukkan rujukan-rujukan nostalgia 90an seperti iklan Apollo dan promo album secara komedi di pertengahan lagu. Dari segi susunan lagu, ia adalah sebuah naskah straightforward dengan bunyian fuzz berkeladak dan riff-riff jahat.

Mini album Bentala yang mengandungi tujuh buah lagu kini boleh didapati secara fizikal dengan menghubungi mereka di talian 011 6126 6741 atau DM di media-media sosial Raksar.

Ikuti Raksar di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅