Rage Against The Machine Beri Hadiah Aidilfitri Pada Peminat Muslim, Tampil Sokong Palestin

oleh Chiv Iscandar
1.6K bacaan

Band haluan kiri dan pro-komunis tersohor antarabangsa, Rage Against The Machine telah memberi hadiah istimewa kepada para peminat muslim mereka apabila tampil menyokong padu rakyat Palestin dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada dibedil rejim Israel.

Menerusi Facebook mereka yang mempunyai sekitar 5 juta pengikut, RATM telah mengutuk rejim Israel yang mereka anggap mengamalkan dasar Aparteid kepada rakyat Palestin sambil memuatnaik gambar kubah Masjid Al-Aqsa bewarna kuning dengan tanda pagar #FreePalestine.

Rata-rata, ramai peminat dari negara-negara Muslim turut memuji tindakan RATM itu yang menyokong pembebasan Palestin. Namun demikian, ada juga para peminat yang menegur RATM kerana dikatakan tidak memahami perkara sebenar yang berlaku di Jerusalem itu.

RATM sering menimbulkan kontreversi dengan lagu-lagu radikal yang mengutuk kerajaan Amerika dan berkonsepkan revolusi. Walaupun demikian, mereka mempunyai gaya muzik yang sangat sofistikated terutama vokal rap-rock Zack De La Rocha dan gitar teknikal Tom Morello.

Ini bukan kali pertama RATM bertindak menyokong pergerakan Muslim. Pada album pertama tahun 1991, mereka pernah bersuara mengutuk kerajaan yang sering menindas Islam dalam lagu ‘Wake Up!’ manakala rakan baik mereka, Mumia Abu Jamal yang merupakan mangsa kezaliman polis Amerika telah dijadikan ikon perjuangan muzik mereka selain Che Guevara, seorang revolusioner komunis Argentina.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅