ABBA mungkin tidak pernah mengeluarkan lagu baharu selama empat dekad, tetapi mereka telah keluarkan dua single sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dua single I Still Have Faith In You dan Don’t Shut Me Down pula belum dikeluarkan, sementara jelajah ABBA masih jauh kerana wabak COVID-19 belum pulih. Namun, Björn Ulvaeus telah mengesahkan bahawa album baharu ABBA akan kelur pada tahun 2021.
Temubual dengan The Herald Sun, Björn berkata,
“Memang kami akan keluarkan album baharu, bukan lagi mungkin berlaku, tetapi pasti berlaku.”
Bintang ABBA yang kini berusia 76 tahun dan rakannya Benny Andersson, Agnetha Fältskog dan Frida Lyngstad sering bertemu di Stockholm, Sweden.
“Kami benar-benar kawan baik. Keempat-empat kami kembali berdiri di dalam studio buat kali pertama selepas 40 tahun, kembali merasakan apa yang telah kami lalui. Susah untuk kami terangkan, tetapi ada sesuatu yang kuat, ikatan yang sangat kuat diantara kami.”
Selain dari I Still Have Faith In You dan Don’t Shut Me Down, ABBA bakal lancarkan lima lagi lagu baharu tahun ini. Tetapi masih dirahsiakan tajuknya.
Satu sumber menyatakan, Benny telah menulis lapan lagu, semuanya lagu baharu. Lima daripadanya telah siap dirakam dimana Agnetha dan Frida sudah habis sesi vokal mereka.
“Kedua-dua B (Benny dan Björn) telah memainkannya dengan pengumuman rasmi, setakat ini. Tetapi masih banyak lagi sedang berlaku dibelakang tabir. Benny sedikit paranoid kerana takut lagu-lagu baru ini kan merosakkan legasi mereka, tetapi Benny tidak perlu takut, semua lagu-lagunya luar biasa.”
“Tambahan pula, video canggih, dengan menggunakan teknologi baru, telah dirakam dengan harga £15 juta (RM87.3 juta) untuk tarikh pelepasan single yang akan datang, yang masih belum diputuskan. Ia akan menjadi album pada satu ketika.”
“Mereka semua terdengar seolah-olah mereka tidak pernah ketinggalan dengan rakaman teknologi canggih. Ingat, semua rakaman asal ABBA adalah analog dan rakaman terbauru ini adalah digital!”
Mungkin pendengar berusia 30-an kenal siapa ABBA. Kepada yang tidak mengenali mereka, ABBA merupakan sebuah kumpulan pop dari Sweden, yang mula terbentuk pada tahun 1972 di Stockholm, oleh dua pasangan suami isteri berbakat: Agnetha Fältskog, Björn Ulvaeus, Benny Andersson, and Anni-Frid Lyngstad.
Nama ABBA itu adalah akronim huruf pertama nama mereka: Agnetha, Björn, Benny, Anni-Frid. ABBA menjadi diantara sebuah kumpulan pop paling berjaya dalam sejarah muzik popular, dan album-album mereka juga berjaya menduduki tangga teratas carta dari 1974-1983.
Pada tahun 1974, ABBA merupakan kumpulan dari Sweden pertama, yang memenangi Eurovision Song Contest dengan lagu hit mereka Waterloo, dan pada tahun 2005, lagu itu dipilih sebagai lagu terbaik dalam sejarah pertandingan sebagai sebahagian daripada perayaan ulangtahun ke-50 peraduan itu diadakan.
Pada tahun 1992, ABBA lancarkan album ABBA Gold: Greatest Hits, dan menjadi album terlaris sepanjang masa, dengan jualan lebih 30 juta salinan seluruh dunia.
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #MAMYNews #ABBA #
sumber: express.co.uk