Lagu Raya Gaya 21 Miles Away

oleh Aniq Ammar Ekhwan
653 views

Khas buat para barisan hadapan yang bertungkus-lumus berjuang dalam Gelombang Ketiga Covid -19 yang berlaku di negara kita, 21 Miles Away mempersembahkan sebuah lagu cover dari Allahyarham Sudirman Hj. Arshad, menampilkan Escape Plan bertajuk Dari Jauh Ku Mohon Maaf berserta Muzik Video.

Sedikit penceritaan dari 21 Miles Away. Ditubuhkan pada 2016 dan dianggotai oleh Vic Shazni (Vokal dan Gitar), Ras (Vokal Iringan & Gitar), Fadzil (Bas) dan semestinya Roslan memegang posisi Dram. Menerusi lagu cover ini, penulis difahamkan bahawa “penjenamaan semula” lagu ini terhasil dari kombinasi Ras dari 21 Miles Away dan Bizee Ibrahim, seorang produser yang sedang meningkat naik dari Reban Muzic yang menjadi pilihan beberapa band di Kuala Lumpur seperti Escape Plan, Wunny, Dependent, Forgetting Francessca dan Panasejook. Fuh semua pop punk! Agak sesuatu saudara Bizee Ibrahim ni.

Tidak banyak perkara yang penulis ingin komen melainkan lagu ni sudah cukup sedih di halwa telinga penulis disebabkan tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut 1 Syawal. Secara kasarnya, kolaborasi antara dua band ini agak kreatif walaupun lagu cover ini dilancarkan pada tahun lepas. Namun penulis merasakan 21 Miles Away merupakan band yang boleh beri lebih lagi kreativiti dari sudut susunan lagu dan vokal. Selainnya, mantap.

Tahniah dan terima kasih buat 21 Miles Away dan Escape Plan atas lagu cover ini. Diharapkan agar kalian terus maju di masa hadapan dan dapat memberi impak kepada industri seni muzik tanah air kita. Adios!!

Ikuti 21 Miles Away di:

Facebook

Twitter

Instagram

Ikuti Escape Plan di:

Facebook

Twitter

Instagram

#EkhwanFuentes

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati