‘Permata Ilahi’ Dedikasi Khas Copero Viper Buat JS Kevin

oleh Esa Zuan
2.2K bacaan

Copero Viper yang baru sahaja melancarkan album pada September 2020 secara mengejut, kini hadirkan muzik video rasmi “Permata Ilahi.” Album Wali Pendekar merupakan kesinambungan dari album Viper terdahulu sejak 17 tahun lalu. Ia juga merupakan karya yang terbuku sekian lama selepas Zua menyertai semula XPDC.

JS Kevin – Permata Rock Yang Hilang pernah menjadi headline dalam dada akhbar suatu masa dahulu disemat dalam intipati album baharu Copero Viper. Satu figura besar yang hilang dalam industri muzik rock tanah air dan Zua bersama Copero Viper mendedikasikan “Permata Ilahi” untuk Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai JS Kevin.

Diterbitkan oleh Rockstage Entertainment, lagu hasil ciptaan Zua ini masih mengekalkan bunyian Viper yang terdahulu dengan identiti vokal Zua yang jantan dengan lirik kerohanian dalam “Permata Ilahi.” Dari segi komposisi lagu dan penulisan lirik, cukup mengagumkan dan kredibiliti Zua sebagai penulis lagu harus dipuji.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅