Kepada peminat metalcore, bergembiralah. Era tersebut telah kembali.
26 September lepas, CRAZY GRIZZLY mempertaruhkan single terbaharu mereka, Phoenix sekaligus melancarkan video muzik serta pengenalan barisan ahli baru iaitu Zarif Muazzam di bahagian vokal dan Ewan di bahagian gitar. Turut mengejutkan adalah pertukaran posisi Marzuki ke bahagian gitar dan vokal.
Dari sudut lagu, mereka menampilkan riff yang matang dan garang berbanding album mereka terdahulu iaitu Pendita Gila. Vokal yang kemas, riff yang manis, drum yang gebu serta bass yang garang namun comel kerana bassistnya comel.
Lagu ini direkod dan diadun oleh saudara Ardy Hamdan dari NuBreax Studio.
Buat Crazy Grizzly, teruskan berkarya dan kami tidak sabar untuk karya anda yang seterusnya.
Ikuti Crazy Grizzly di: